Friday, December 9, 2016

Potty training - bila masa paling sesuai?

Alhamdulillah. Potty training... suatu perkara yang saya fikir entah bila saya akan mampu lakukan untuk anak sulung saya.

Saya ibu anak tiga. Jarak mereka dekat-dekat... orang kata subur pulak sejak makan Shaklee. La la la... alhamdulillah. Biiznillah.

Sekarang saya masih di kampung, baru lepas berpantang anak ketiga. Anak sulung saya, Uwais berumur 3 tahun 5 bulan. Dah lama saya nak potty train dia tapi tak buat-buat sebabnya saya dan suami dua-dua kerja keluar pagi, magrib baru nak sampai rumah. Terlalu banyak alasan.

Weekend nak train, manalah nak sempat saya fikir. Lagipun yang saya duk baca-baca, ideanya kena amek cuti. Yang mana agak sukarlah bagi saya. Alasan lagi..

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk minggu kedua saya potty train Uwais. Rupanya tidaklah susah gila-gila macam yang saya fikir. Tapi di sini saya juga mendapat bantuan mak saya di mana awal-awal dulu tu bila Uwais terkencing mana-mana, mak saya akan tolong cuci sama.

Jadi bila waktu yang paling sesuai nak potty train?

1. Bila anak dah bersedia dan pandai untuk beritahu dia nak ke tandas.

2. Bila mak/bapa bersedia nak potty train anak dia dan redha dengan apa yang bakal terjadi.

3. Tiada umur rasmi untuk latihan ni. Seorang kanak-kanak di bawah dua tahun tidak boleh mengawal bila dia hendak membuang air kecil atau besar. Otot-otot yang mengawal pundi kencing dan rektum mereka masih belum matang sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan hingga dua tahun.
Sebab itulah menunggu tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia ialah kunci kejayaan.

Tips untuk berjaya:

1. Jangan marah anak yang dilatih itu andainya dia terkencing atau membuang di kawasan rumah yang tidak sepatutnya.

2. Di awal sesi latihan, kerapkan untuk ingatkan anak supaya bagitahu bila nak ke tandas. Dan saya lebih suka ajak dia kerap ke tandas. 2 hari pertama, setiap sejam atau dua jam. Ya, wujud unsur memaksa di situ. Kadang-kadang bila dia sibuk nak main, dia tak suka nak ke tandas. 😎
Kemudian bila tengok dia dah makin pandai, saya lebih banyak biarkan dia sendiri yang cakap bila nak ke tandas.

3. SABAR SABAR SABAR. Fikir positif. Jangan stress. Kalau rasa nak stress tu cepat-cepat makan vitamin B-Complex. 

4. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Yang ini memang benar, jadi terpulang kepada kita.

Oh ya, setakat ini saya hanya latih dia di siang hari. Malam bila dia tidur, saya masih pakaikan dia lampin. Sebabnya dengan adik dia yang baru berumur 3 bulan. Saya belum mampu untuk berjaga whole night untuk kedua-duanya.

Doakan saya nanti berjaya latih di sebelah malam pula ya. Ada tips & cara-caranya? Sudilah kongsikan di bahagian komen ya. Atau whatsapp atau emel. Lebiu!! 😘

Salam sayang,
Norhayati Yusoff (Yat Momisense)
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: pengalaman & tips kesihatan

Credit to Babycentre.

Wednesday, December 7, 2016

Cukup ke gosok gigi je?

Bismillah.

Sekarang dah Disember. Tahun ni dah pergi jumpa Dentist tak? Paling tidak setahun sekali kan?

2 minggu lepas Yat ke klinik gigi. Masa duk kat kampung jugalah senang nak pergi kan...

Alkisah tampalan gigi yang dah berkurun dulu tertanggal masa lepas bersalin haritu. Jadinya pergilah tampal balik, cuci gigi sekalilah of course..

Lepas dah siap tu... Doctor pun pesanlah, lepas gosok gigi, pastikan kumur dengan antiseptik. Barulah lebih sempurna penjagaan gigi kita.

Dapat pesanan penaja... baguslah. Sebab Yat pun setuju sangat. Memang suka pun, lepas kumur-kumur tu... segar je rasa mulut. Nafas pun jadi tak berbau.

Korang pun jadikanlah habit untuk guna antiseptik ni ya.

Kalau taknak hari-hari pun, sesekala floss lah gigi ya. Penting untuk buang sisa-sisa makanan kat celah2 gigi.. yang tak sampai dek berus.

Dan untuk penjagaan gigi yang lebih baik, Yat memang amalkan OSTEMATRIX. Khas untuk bagi gigi kuat & sihat. Cubalah sendiri.

Nak order Ostematrix, boleh hubungi Yat.

Salam sayang,
Shaklee ID: 1230244
Norhayati Yusoff (Yat Momisense)
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY

Sunday, December 4, 2016

Istimewa hujung tahun 2016!

PROMO DISEMBER!

Collagen : Beli 6 percuma 1
Collagen : Beli 2 dengan diskaun 5%
Vitalea Kids : Beli 3 percuma 1

Dengan mana2 belian di atas, anda berpeluang:

✔beli Multi Stack Dispenser pada harga jimat.
✔beli 1 Carotomax, & dpt Percuma lagi 1 Carotamax.
(Sementara stok masih ada)

Hujung tahun yg tentunya SPECIAL! 😍
Dapatkan segera.

Whatsapp saya utk info lebih lanjut.

Salam sayang,
Yat #momisense
019.226.7990
SID 1230244
FB: hayati ny
Momisense@gmail.com



Friday, September 16, 2016

Milk Booster & Pemakanan Sihat sepanjang "breastfeeding journey".

Bismillah, 

Tahniah buat ibu-ibu semua yg berjaya breastfeed si manja anda.

Ada ibu yg bermula dengan susu yang banyak & terus banyak sehinggalah anak berumur 2 tahun.


Ada yang pada awalnya banyak, lepas tu berkurang...Ada juga yang pada awalnya sikit tapi bertambah meriah saban hari dek penjagaan makanan & cara penyusuan atau mengepam susu dgn betul.



Pengalaman saya sendiri, susu saya adalah biasa-biasa saja, jadi saya wajib menjaga pemakanan dan juga mengambil supplement/milkbooster untuk memastikan susu saya cukup untuk bayi saya.

Saya pernah menangis kerana tertumpahkan 1 atau 2 oz susu. Perasaan sedihnya Allah je tahu...

Tapi selepas itu saya berjaya penuhkan stok susu ke dalam 1 freezer. Yang menyedihkan mungkin sebab terlalu penuh, jadi pintunya mungkin tidak rapat, keesokannya bila saya perasan, banyak susu yang dah mula mencair. 

Masa tu ilmu tak banyak, jadi saya buang semua, termasuklah yang masih banyak kristal-kristal ais dalam botol. Sebab saya takut susu tersebut telah tercemar & mungkin berbakteria.

Masa tu juga ada perasaan nak give-up, tapi cuba banyakkan bersabar dan positifkan minda, sehinggalah saya mampu mengumpulkan kembali stok untuk bayi ke taska. 

ALHAMDULILLAH, yang paling penting kena kuat dan positif yang kita mampu menyusukan anak kita selama yang boleh, dengan izin Allah.

Di sini saya akan kongsikan pemakanan yang sesuai dan seimbang untuk ibu-ibu menyusu, kerana apa yang dimakan oleh ibu akan diserap juga oleh si manja. 

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tips pemakanan yang terbaik bagi mengekalkan nutrisi yang ada dalam susu anda, di samping memastikan susu sentiasa banyak.

1. Minum banyak air dan susu

Minumlah air 2 - 3 liter atau 8 - 12 gelas air setiap hari. Terutamanya air suam sebelum dan selepas menyusu.

Ibu-ibu boleh memilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, dan susu soya tiada gula.. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Selain itu, air susu juga penting untuk menambahkan susu.

2. Dapatkan zat besi yang banyak

Sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi zat besi yang tinggi.
Jika anda mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

3. Jangan diet untuk kurus dengan cepat

Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. Ini adalah big NO.

Tunggulah sehingga sekurang-kurangnya bayi anda mula mengambil makanan tambahan (solid food), iaitu selepas 6 atau 7 bulan.

Penyusuan yang betul akan membantu membakar kalori dan mengurangkan berat badan ibu.

Namun, sekiranya ibu-ibu ingin mengambil supplemen tambahan untuk kurus, pastikan yang diambil itu adalah selamat dan tidak membahayakan diri dan si manja.

Ibu-ibu boleh baca tips di blog saya - sila klik link di bawah:

http://momisense.blogspot.my/2016/07/supplement-kurus-untuk-ibu-menyusu.html

4. Kurma

Kurma mampu membekalkan tenaga kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi.
Ini merupakan buah kegemaran saya semasa hamil dan breastfeed.

Sekarang ni dah macam-macam produk kurma, kalau tak suka yang plain, ada kurma coklat, jus kurma dan lain-lain.

Ibu-ibu kena pastikan cukup tenaga, barulah susu akan meriah.

Saya pula suka shake kan kurma ini bersama Soya ESP Shaklee, bersama minuman coklat - ini milkbooster saya.

5. Oat

Oat boleh dicampurkan dengan minuman coklat, atau dibuat overnight oat dengan buah-buahan, atau dicampur ke dalam apa-apa minuman kegemaran ibu-ibu.

Oat kaya dengan nutrisi yang mampu membuatkan kita kenyang dan lebih relaks.

6. Habbatussawda'/ jintan hitam

Ia boleh direbus dan diminum airnya ataupun campurkan saja ke dalam makanan kita seperti sayuran/nasi. Ia juga mampu meningkatkan antibodi.




7. Halba

Cara minum sangat senang, cuci halba, rendamkan dalam air panas, dah boleh diminum air bila suam.

8. Jantung pisang

Ini petua orang-orang lama, walaupon saya tak pernah cuba sendiri namun ramai yang berkata ianya mampu menambahkan susu ibu.
Boleh dibuat kerabu, masak lemak atau rebus buat ulam pun boleh... ikut selera.




9. Lobak putih
Ini memang kakak yang menjaga saya semasa pantang yang ajarkan.
Boleh dimasak dengan lada hitam dan bilis - sedap sangat sayuran bersup.

Tak semestinya makan semasa pantang je, bila-bila masa pun boleh.




Bagi ibu-ibu bekerja yang sangat sibuk dan sesekala tidak sempat untuk menjaga diet pemakanan yang sihat dan seimbang, haruslah ditambah dengan supplement.

Untuk saya, saya menggunakan supplement Shaklee untuk memastikan saya mendapatkan nutrisi terbaik secukupnya untuk saya dan bayi. Tetapi seharusnyalah menjaga pemakanan lain yang menyihatkan.

Supplement Shaklee untuk ibu menyusu ini adalah:

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vitamin C
  4. Vitalea Iron formula
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard
  7. B-Complex
Tak perlulah ambil semua ini, ambil yang mana ibu-ibu rasakan perlu sebagai vitamin tambahan sahaja.

Untuk konsultasi atau nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya.

Ikhlas,

Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense.gmail.com



Rujukan:
Babycentre, dll.


Thursday, September 1, 2016

Kumpul stok susu ibu semasa berpantang.

Bagi ibu anak pertama, amat penting ilmu ini ya. Bagi ibu anak kedua & seterusnya, mungkin sudah ada pengalaman yang boleh dijadikan iktibar.

Kalau tak dimulakan awal, bila sampai waktu nak masuk kerja, kita akan mula rasa stress & kecewa kerana risau bayi tidak cukup susu nanti. Ini terjadi pada saya semasa anak pertama dulu.

Bagaimana nak buat stok susu semasa pantang?

Setiap ibu yang sudah berpengalaman akan ada cara tersendiri, tapi bagi yang ingin cuba cara saya, boleh cuba seperti di bawah.

1. TARGET. 🎯

Tempoh pantang berbeza mengikut syarikat masing-masing, ada yang 2 bulan, 3 bulan & 6 bulan.
Jadi anda boleh rancang berapa banyak nak buat stok.
Ibu boleh mula mengepam untuk stok selepas 2 minggu melahirkan.

Kenapa 2 minggu?
1. utk bagi masa pada ibu berehat & jgn terlalu fikirkan stok sangat - takut terlalu stres.
2. awal-awal ni susu tak banyak sbb kolustrum pekat yg sikit tu sudah mencukupi buat si manja.
3. awal seminggu dua ni pun biasanya si manja suka duk mengempeng je.. jadi tak perlulah ditambah dengan kerja-kerja nak mencuci pam dan sebagainya.
Fokus kepada direct feeding & bonding ibu & bayi.

Target berapa botol sehari. Bagi saya sehari 1 botol (5 oz) sudah mencukupi.

Katalah ibu berpantang 60 hari. Tolak 14 hari, masih ada 46 hari.

5oz X 46 = 230oz. Banyak niii! 😉

2. JADUAL MENGEPAM.🕕

Sediakan dan ikut jadual yang disediakan dengan teratur. Lakukan 3 kali sesi mengepam setiap hari, dimulakan seawal pagi.


Pada mulanya mungkin hanya akan dapat 1oz atau 2oz, atau mungkin kurang dari ini.
Jangan risau, simpankan dulu di peti ais (jangan dibekukan).
Teruskan mengumpul dengan 2 kali pam lagi di hari yang sama.

Gunakan botol berlainan yang sudah disterilkan untuk setiap sesi perahan.

Simpankan di peti sejuk, bila suhu sudah sama (biasanya selepas 1-2 jam, bergantung juga pada peti sejuk dan cara penggunaan seisi rumah) ibu bolehlah mencampurkan susu perahan 3 botol itu.

Haaa kan dah dapat 4 - 5oz.
Dan ini akan makin bertambah dari hari ke sehari.

3. TANDEM NURSING & PUMPING.❤❤

Apa itu tandem nursing?
Maknanya, mengepam sambil menyusukan si manja.
Pada awalnya mungkin ibu akan rasa agak sukar, tapi bukankah "practice makes perfect", jadi cubalah ya.

Ini akan lebih memperbanyakkan susu ibu kerana rangsangan yang diberikan seolahnya memberitahu otak kita bahawasanya bayi kita memerlukan lebih banyak susu.

Jadi dengan sendirinya hormon yang terhasil akan membantu mengeluarkan lebih banyak susu.

4. PAM SEBELUM BENGKAK SUSU. 🤒

Kita silap kalau kita fikir yang bila susu dah bengkak itulah masa terbaik nak pam susu.
Ini kesilapan besar, malah ini boleh menyebabkan susu ibu berkurangan.

Kita haruslah mengepam mengikut masa/jadual yang kita dah tetapkan tadi walaupun terasa kosong, mungkin kerana bayi baru saja minum.

Kadang-kadang kita boleh rasa bila breast mulai berat dan seolah susu nak keluar ( Let Down Reflect), inilah masa terbaik nak mengepam sekiranya baby belum mahu menyusu.
Atau boleh lakukan tandem nursing seperti info point nombor 3 di atas.

Bengkak susu ni kalau selalu dibiarkan boleh menjadi sangat sakit sehingga boleh demam teruk ya. Jadi haruslah jaga baik-baik.


Saya sendiri mengamalkan Lecithin Shaklee agar susu lancar dan elakkan "clogged duct".

5. KOSONGKAN PAYUDARA.⌛

Ini amat penting kerana kalau asyik dibiarkan tanpa mengosongkan payudara, lama kelamaan susu akan berkurang kerana otak seolah diberitahu bahawa susu yang diperlukan adalah kurang dari itu.

Ia juga akan menyebabkan ibu-ibu mengalami bengkak susu / clogged duct / susu tersumbat.

Bagaimana nak tahu payudara kosong?
Payudara akan terasa ringan dari sebelum itu.

Pamlah sekurang-kurangnya 20-30minit setiap sesi atau sehingga payudara sudah berhenti mengeluarkan susu.

Atau kalau direct feeding, tunggu sehingga bayi melepaskan susu & menunjukkan tanda kekenyangan.

6. GUNAKAN DOUBLE PUMP. 👐
Pengalaman saya menggunakan double pump (2 corong) adalah lebih baik & lebih cepat. Saya menggunakan medela freestyle.

Kita hanya memerlukan 20-30 minit saja untuk kedua-dua belah payudara secara serentak, berbanding 40-60 minit untuk selesaikan mengepam bagi yang menggunakan single pump.

Jadi kita akan punya lebih masa untuk berehat.

7. JAGA PEMAKANAN.🍎🍌🍪

Ini paling penting bagi ibu-ibu berpantang dan menyusu.

Biasakan diri untuk minum air suam sebelum dan selepas menyusu/mengepam. Boleh juga menggantikan air suam kosong dengan air coklat atau air kurma merah atau apa-apa air yang tidak menyebabkan angin dalam badan.

Memang sudah fitrah, ibu menyusu/mengepam akan selalu lapar & dahaga.
Jadi kerapkan pengambilan makanan (snek yang menyihatkan).

Kita tak perlu diet untuk kurus dengan mengambil kepelbagaian jamu tauu.. sebab penyusuan yang betul boleh membakar kalori, insyaAllah.

Namun janganlah pula setiap hidangan yang kita makan tu harus selalu ambil nasi atau makanan berat selalu. Penjagaan diet yang betul adalah penting.

Saya amalkan ESP Shaklee + vico + oat + kurma.
Ini sudah cukup mengenyangkan malah membantu menambahkan dan memekatkan susu saya.

Atau paling senang, amalkan beberapa biji kurma sebagai snek harian ibu menyusu.

8. BERSABAR DAN SENTIASA POSITIF

Ianya amat meletihkan untuk menyusu, mengepam, pantang makan, pantang itu ini dan sebagainya, tapi ingatlah sangat besar pahala seorang ibu yang menyusukan anaknya.

Dan sentiasa berfikiran positif, jangan sesekali beranggapan susu kita adalah sedikit dan tidak cukup buat anak kita.

Yang penting kita usaha bersungguh-sungguh dulu, Allah pasti memberikan yang terbaik buat kita. InsyaAllah.

Okay, cukup dulu buat masa ni, kena amalkan tau...
Jangan nanti dah nak habis pantang baru kalut nak buat stok. Nangis tak berlagu nanti.

Jaga diri baik-baik ya ibu-ibu semua.
Hadiah terbaik yang kita boleh bagi pada anak-anak, suami dan keluarga kita adalah dengan menjaga kesihatan kita sebaik yang boleh.

Di bawah ini saya nak kongsikan promo Shaklee untuk bulan September ini:

ESP:
✔Buy 2, discount 5%
✔Buy 6, free 1

Vitamin C pun sama ya.

Pengambilan 2 beradik ni boleh:
✔mengembalikan seri wajah,
✔melembabkan kulit,
✔elakkan kulit muka yang kusam,
✔cantikkan rambut,
✔hilangkan lesu-lesu badan akibat tak cukup tidur,
✔tingkatkan pertahanan badan dan banyak lagi.

Kalau ada yang nak tahu set hamil, berpantang & menyusu pun boleh saja PM saya.

Saya akan bagi konsultasi terbaik mengikut budget & kemampuan kewangan masing-masing.

Ikhlas & salam sayang,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
Shaklee ID: 1230244
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman & Tips Kesihatan

Tuesday, August 30, 2016

Kenapa Ostematrix menjadi vitamin PERLU buat saya?

Apakah itu Ostematrix?

Kandungan utamanya adalah kalsium.
Dan ia juga mengandungi vitamin D & Magnesium untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih optimum/efisien.

Walaupun saya sedikit lambat untuk mendapatkan anak yang pertama, setelah macam2 kami cuba...

Namun kini Allah anugerahkan anak-anak dengan agak laju kepada kami.
Syukur alhamdulillah...

Cumanya bila agak cepat hamil lagi (selepas bayi hampir setahun), badan saya agak terasa lenguh-lenguhnya.

Almaklumlah, saya ni pantang makan 40 hari je... & pantang makan saya hanyalah secara sederhana, bukanlah ekstrim sangat seperti beberapa kawan saya yang berpantang itu... 😁

Contoh, ais saya dah mula ambil selepas habis pantang 2 atau 3 bulan macam tu.
Ini kira sendiri buat, sendiri tanggunglakan.. 😅

Berbalik kepada kenapa Ostematrix menjadi pilihan dan keperluan buat badan saya:

1. Menghilangkan lenguh-lenguh badan & sakit sendi.

Ini pengalaman terbaik saya dengan ostematrix, setelah konsisten makan ostematrix setiap malam selama 4-5 hari, sakit sendi di bahagian pangkal paha saya telah berkurangan dengan drastiknya.

Ini terbukti bila mana saya yang terpaksa sapu krim panas pada waktu pagi (sebelum ke pejabat) & waktu malam (sebelum tidur), tidak perlu lagi bergantung pada krim panas tersebut setelah mengambil ostematrix. Hebat bukan? Dengan izin Allah sudah tentunya.

2. Mengelakkan kaki bengkak/sembab (water retention).

Semasa mengandungkan anak pertama dulu, kaki saya memang sembab, bengkak bagaikan bini Shrek. Memang betul! Sakit tauu nak jalan bila kaki sembab.

Semasa anak kedua pula, taklah seteruk mana.. tapi masih sembab. Ini mungkin kerana saya kadang2 ada mengambil ostematrix (ikut suka & tidak konsisten).

Hamil anak ketiga (sekarang 35 weeks), alhamdulillah kaki saya tak ada bengkak macam dulu.

Malah baru je pergi check-up last week. Doctor check kaki, alhamdulillah baik-baik saja.

3. Mengelakkan kejang kaki.

Pengalaman anak dahulu, bila dah trimester ketiga, kaki saya mudah sangat kejang (cramp) terutamanya semasa tidur & bangun tidur.

Sekarang hamil, alhamdulillah... kejang-kejang tu tiada atau mungkin terjadi sangat sedikit (sehingga saya tak ingat ada atau tidak terjadi semasa tidur).

Dan yang paling membuatkan saya yakin yang ostematrix ni mampu mengelakkan kejang kaki adalah kerana bila 2 hari lepas saya terlupa makan, kaki terus rasa sedikit membengkak & mudah nak kejang.
Hari ini bila saya memandu dengan keadaan jalan yang sangat jem, betis terasa mengeras dan hampir kejang.

4. Mengelakkan sembelit.

Wanita hamil memang biasa dikaitkan dengan sembelit, ada yang sampai mendapat buasir semasa hamil. Seperti saya semasa hamil anak pertama dulu..

Tapi alhamdulillah, sejak konsisten dengan ostematrix, memang pengalaman saya hamil kali ini, membuang air lebih mudah & lawas.

Inilah antara sebab-sebab mengapa saya memerlukan Ostematrix.

Kalau anda juga mahukan kehamilan yang lebih selesa seperti saya, boleh cuba mengambil Ostematrix.

Kalau ada yang nak bertanya, silalah hubungi saya ya.

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman & Tips Kesihatan

10 Resepi ESP Shaklee

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak kongsikan resepi-resepi terbaik menggunakan Shaklee ESP.

Ada yang mengadu kat saya, ESP ni rasa dia plain sangat, tak lalu nak minum begitu je.

Okay, kita kena ingat apa tujuan sebenar kita beli ESP ni.. sebab sejuta khasiat dia kan?

Jadi janganlah kita ketepikan dia begitu saja tanpa mencuba kepelbagaian resepi.

Antara kebaikan/kelebihan ESP:
✔ menambah tenaga & membekalkan tenaga dgn lebih lama - sgt bagus utk ibu menyusu, ibu hamil, orang yang tenga diet untuk kurus & untuk semua peringkat umur.

✔ milkbooster & memekatkan susu ibu.

✔ menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & membantu mempercepatkan pemuliha luka.

✔ non-GMO soya. Bebas toksin. Organik.

✔ dan banyak lagi - nanti saya ceritakan dalam entry lain ya.

Shaklee ESP ini boleh dijadikan makanan snek tambahan sama ada minum petang atau supper atau bila-bila masa. Sarapan bagi pun sangat best!

Sila klik di gambar ya untuk melihat resepi-resepi terbaik ini.
Bila dah pandai... boleh mencuba resepi sendiri pula. Gunakan bahan kegemaran anda.

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: pengalaman & tips kesihatan

Wednesday, August 10, 2016

Ibu dah nak kerja, bayi pula taknak susu botol?

Bismillah,

Anda perlu masuk kerja, namun bayi tidak mahu langsung menggunakan botol susu.

Tentu amat merisaukan?

Dua2 anak saya sebelum ini, menolak botol (refuse bottle) bila dah habis pantang & perlu ke taska.

Bukan kerana tak ajar atau tak kenalkan botol kepada mereka.

Semasa dlm pantang (bulan kedua), kalau nak tahu anak2 saya memang dah beberapa kali minum menggunakan botol. Ini saya memang train sekurang2nya sekali @ 2 kali dlm seminggu. Dan yg memberikan mereka susu menggunakan botol susu ini adalah suami, mak atau kakak saya.
Tiada masalah pun sebenarnya...

Bila dah habis pantang & perlu masuk kerja.
Anak-anak saya mula menolak botol...
Pelbagai tips telah saya gunakan.
Nasihat dari Cikgu Susu dan kawan-kawan yg berpengalaman & pakar pun dah dibuat.

Bagi yang mengalami masalah yang sama seperti saya, boleh cuba gunakan tips di bawah ini ya:

1. Gunakan botol wideneck:
Ini kerana botol wideneck lebih menyerupai payudara ibu.
Antara brand yang dicuba oleh ramai ibu-ibu termasuk saya sendiri:
📌Pigeon
📌Comotomo
📌Avent
📌NUK
📌MAM

2. Biar orang lain (selain ibu) yg menyusukan bayi. Kadang2 ibu terpaksa berkurung dlm bilik lain atau pon terpaksa keluar sekejap dari rumah. Sebab bayi memang hebat, dari jauh pun dia boleh bau ibu dia. 😉

3. Gunakan alternatif kepada botol susu;
📌cawan kecil
📌picagari (syringe)
📌sudu

4. Kerana dikhuatiri bayi tidak suka kepada susu frozen (yg dipanaskan), mungkin disebabkan bau dll, mulakan dgn susu perahan yg segar (fresh ebm).

Cuma pesanan saya buat ibu2, walaupun bermacam cara atau tips sudah kita gunakan & anak2 kita masih menolak botol, apa yg paling penting kita lakukan adalah banyak2 berdoa, doa doa doa... solat hajat.

Mungkin ini sebenarnya yang Allah inginkan dari kita.

Secara jujurnya, anak saya yang pertama, kini 3 tahun lbh, dahulunya juga menolak penggunaan botol susu, kalau tak silap saya 2-3 bulan.

Anak saya yang kedua pula lagi tegar orangnya, sedari umur 3 bulan sehinggalah masuk 1 tahun, barulah dia betul-betul menerima botol.

Sebelum itu bila di taska, dia akan menangis saje... dan sesekala dia akan menerima bila teacher berikan susu menggunakan feeding cup, sudu atau syringe.

Memang dia ikut mood sahaja. Bayangkanlah hati seorang ibu yg terpaksa di pejabat selama 9 jam.

Masuk bulan kedua dia di taska, teacher bagitau, dia sekarang dah tak menangis bila lapar nak susu.

Malah bila dia bangun tengahari, dia hanya akan berdiam saja, main tangan sendiri etc... seolah-olah teacher kata, dia memang taknak nangis, sebab bila dia nangis, teacher akan bagi botol.

Haaaa comel tak anak-anak mommy?
Biasalah anak-anak sementara nak besar, macam-macam lagi kerisauan untuk ibu & ayah mereka.

Apa-apa pun, ibu-ibu yang ada masalah yang sama, boleh cuba dulu tips di atas.
Semoga mendapat pengasuh yang penyabar juga ya. Macammm kami punya! 😍

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990 (WA/SMS)
Momisense@gmail.com
Shaklee ID: 1230244

Sunday, August 7, 2016

Postnatal Set ( Set untuk Ibu Berpantang)

Set Consists of:


  • OsteMarix™ 

  • OmegaGuard™ 

  • Vita-Lea® Iron Formula*

  • ESP - Soy Protein Isolate Powder

  • Sustained Release Vita-C Plus

  • Alfalfa Complex (S)


*Vita-Lea - currently out of stock at Shaklee Malaysia
I have few bottles in stock - while stock lasts! (siapa cepat, dia dapat...)


Power Pumping - Teknik Memeriahkan Susu Ibu

Alhamdulillah, 
Ramai ibu-ibu yang bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun.

Namun, susu yang pada awalnya meriah, boleh merudum disebabkan banyak faktor antaranya:


1. Kurang mengepam/kurang menyusukan secara direct

2. Stress/Tekanan
3. Pengambilan air yang tidak mencukupi
4. Tidak cukup rehat
5. Pemakanan tidak seimbang
6. Kafein
7. Masalah hormon & kesihatan


TEKNIK POWER PUMPING


Merupakan teknik mengepam yang seolah-olah meniru keadaan di mana bayi kita kerap menyusu (growth spurt).
Teknik ini menggunakan konsep "demand & supply" di mana lebih kerap ibu-ibu mengepam, lebih banyak susu yang akan dihasilkan kerana otak kita akan menerima signal bahawasanya bayi kita memerlukan susu yang lebih banyak.

SIAPA YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN POWER PUMPING INI?

1. Ibu yang susunya berkurangan & ingin memperbanyakkan susu kembali.
2. Ibu yang ingin relaktasi atau yang ingin menyusukan kembali anak selepas berhenti menyusukan.

BAGAIMANA MELAKUKANNYA?

Hanya memerlukan satu jam setiap sesi. Lakukan selama 5 - 7 hari.


Single Pump/ Hand Expression:


Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.


Double Pump:


Pam kedua-dua belah serentak selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung lagi mengepam 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sehinggalah cukup 1 jam.



BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MELAKUKANNYA?

Bila-bila masa, tetapi hendaklah di waktu yang tidak stress, seeloknya, di waktu malam ke subuh, kerana pengeluaran hormon lebih banyak di waktu ini.


Seandainya anda terlalu sibuk di tempat kerja, boleh juga melakukan teknik ini di tempat kerja anda sekiranya keadaan tempat kerja anda sesuai & mengizinkan.


Anda juga boleh fokus melakukan teknik ini pada hujung minggu pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu & melakukan rutin mengepam yang biasa di waktu kerja, weekdays.


BERAPA LAMA UNTUK SAYA NAMPAK HASILNYA?

Ianya bergantung kepada individu, mungkin seawal hari ke-3 atau 4, ada yang memerlukan masa sehingga seminggu.


Walaupun pada hari pertama, hasil sangat sedikit atau pun hanya angin yang keluar, teruskan saja power pumping ini. Paling penting untuk tidak berputus asa & bersedih.

Sentiasa berusaha, doa & tawakkal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Bersyukur denan apa sahaja hasil yg diperolehi & elakkan dari membandingkan dengan susu orang lain.

TIPS UNTUK MENJAYAKAN POWER PUMPING

1. Cuba sentiasa ceria - lihatlah video anak-anak yang comel & membaca ayat-ayat al-Quran.

2. Gunakan breastpump yang berkualiti.
3. Konsisten & jangan berputus asa.
4. Lakukan di tempat  & masa yang selesa - contohnya weekend dan di waktu awal pagi, selepas anda bertahajjud.

Friday, July 29, 2016

Prenatal Set (Set Shaklee untuk ibu hamil)

Set ini mengandungi:


OsteMarix™ 

OmegaGuard™ 

Sustained Release Vita-C Plus

B-Complex

Vita-Lea® Iron Formula

ESP - Soy Protein Isolate 

Women Health Leaflet

Women Health Insertion

“Live Amazing" Paper Bag x2

Eco-Friendly Jute Bag

Get an Eco-Friendly Jute Bag
from July - September 2016 (while stocks last),
with purchase of any Women"s Health Set, 
  
Get a Complimentary 2x Shaklee #LiveAmazing Paper Bag
with every purchase of Prenatal Set,
Valid from July - September 2016,
while stocks last.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set hamil ini? Hubungi:

Norhayati Yusoff (Yat Momisense)
Shaklee ID: 1230244
Whatsapp/SMS: 019.226.7990
Email: momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman & Tips Kesihatan


Thursday, July 28, 2016

Supplement kurus untuk ibu menyusu

Cemburukan bila tengok ibu lepas berpantang 40 hari je dah boleh kurus.

Anda jenis yang macam mana? Berpantang bagai nak rak pun masih banyak lemak berkumpul kat badan?
Tak mengapa... lain orang, lain badannyakan.

Jadi di sini saya nak kongsikan pengalaman-pengalaman dan juga tips bagaimana ibu menyusu boleh kurangkan berat badan, tetapi masih mengekalkan kesihatan dan susu yang berkualiti untuk bayi.

Berat badan sebenarnya boleh berkurangan dengan menyusukan bayi kita secara ekslusif, ini kerana aktiviti menyusukan bayi membakar banyak kalori, lebih kurang 500 kalori per sesi.

Namun untuk lebih cepat mendapatkan bentuk badan yang menawan, set kurus Shaklee merupakan pilihan yang SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI, insyaAllah.

Set kurus Shaklee untuk ibu menyusu adalah:

  1. Lecithin
  2. Alfalfa
  3. ESP
  4. Omega Guard (Pilihan)
Seandainya anda mempunyai kekangan bajet, supplement yang paling asas yang sangat-sangat perlu diambil adalah Alfalfa dan Lecithin.

Yang harus adalah untuk mengambil 3 supplement ini, Alfalfa, Lecithin dan ESP.

Habis tu Omega Guard tak penting ke? 
Ia bukan tak penting, tetapi kerana harganya yang sedikit mahal berbanding Lecithin, ada orang hanya mampu untuk mencuba Lecithin dulu.
Sesiapa yang inginkan hasil yang lebih pantas, memang perlu untuk mengambil Omega Guard ini ya. Kenapa?

Mari kita tengok satu-satu manfaat set kurus ini:

1. LECITHIN

  • Mengemulsi ataupun menghuraikan dan memecahkan lemak-lemak makanan yang kita ambil kepada molekul-molekul yang lebih kecil.
  • Supaya lemak-lemak kecil ini mudah bergerak ke sistem pencernaan, jadi ianya lebih mudah untuk disingkirkan.
  • Mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Contohnya kalau anda makan ayam goreng, segala lemak yang ada pada ayam goreng itu boleh dibuang dengan mengambil 4-6 biji Lecithin.

2. ALFALFA
  • Membantu mencuci usus bagi membuang lemak, toksin dan lendir yang melekat di dinding usus, dengan membuang air besar (proses detox).
  • Usus yang bersih akan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
  • Mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat untuk menyerap kolesterol.
  • Ia juga bertindak sebagai milk booster.

3. ESP (Energizing Soy Protein)
  • Mengandungi protein terbaik (soya non-GMO) yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan kekal bertenaga.
  • Ini amat penting kerana ibu yang menyusu atau yang mengepam susunya, akan cepat dan selalu lapar.
  • Selepas lemak dibakar dan dibuang dari badan, badan akan kelihatan menggeleber. 
  • Protein di dalam ESP akan membina dan mengekalkan otot badan, yang mana sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
  • Ia juga bertindak sebagai milk booster bagi kebanyakan ibu menyusu, termasuklah saya sendiri.

4. OMEGA GUARD
  • Membakar/menyingkirkan lemak berlebihan yang termendap dalam badan.
  • Mencegah salur darah tersumbat - lemak berlebihan akan menyebabkan pembuluh darah mula mengecil dan menyukarkan pengepaman darah, lalu boleh menyebabkan strok dan sakit jantung.
  • Meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan membuatkan kita terasa kenyang lebih lama.
  • Ia juga adalah minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA yang sangat bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Ramai yang terkeliru antara fungsi Lecithin dan Omega Guard. Kedua-duanya berfungsi untuk membuang lemak, tetapi dengan cara yang berbeza. Semoga info di atas mampu menerangkan perbezaannya.

Jadi soalan di sini, yang mana lebih baik untuk menurunkan berat badan?
Omega Guard atau Lecithin?

Jawapannya, tepuk dada, tanya selera... ikut kemampuan dan bajet masing-masing.
Yang paling baik adalah untuk mengambil kedua-duanya supaya lagi cepat kurus, biiznillah.

Untuk recap, set kurus yang lengkap bagi ibu menyusu, saya sarankan seperti di bawah:

  1. Lecithin - pemecah lemak
  2. Omega Guard - pembakar lemak
  3. Alfalfa - Detox atau mencuci usus
  4. ESP - protein untuk membina kembali otot
Berminat untuk mencuba set ini? Boleh hubungi saya seperti di bawah. 
Saya akan terangkan cara pemakanan terbaik untuk anda.

Ikhlas,

Norhayati Yusoff
019.226.7990 (whatsapp/SMS)
Shaklee ID: 1230244
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman dan Tips Kesihatan

Saturday, July 16, 2016

Bagaimana VIVIX membantu pesakit kencing manis?

Bismillah,

4 bahan organik utama dalam Vivix:

1. Polygonum Cuspidatum
2. Muscadine grape
3. European Elderberry
4. Purple carrot

Bahan2 ini sangat kaya dengan Polifenol.
Dan juga kaya antioksidan.

Bagaimana POLIFENOL ini mampu membantu pesakit kencing manis?

Semalam saya share dgn famili husband tentang kebaikan VIVIX untuk ikhtiar kencing manis.

Lalu, seorang pakcik bagi soalan canggih ni:

"Kencing manis ni adalah penyakit kronik hanya boleh kawal berpunca dari kegagalan pankerius menghasilkan insulin dengan sempurna. Ambil VIVIX ni dia boleh memulikan pankerius ke atau sekadar mengawal kandungan gula dalam darah?"

Nasib baiklah saya ada upline & rakan2 nutritionist, maka dapatlah the best answer. Additional knowledge for me as well.

Jawapan:
VIVIX kaya dengan POLIFENOL.
Polifenol ni boleh stimulate pancrease utk merembeskan insulin.

Lebih banyak insulin dirembeskan, lebih banyak gula diangkut ke dlm sel, maka paras gula dalam darah akan turun.

Polifenol juga boleh kawal diabetic complications.

Menarikkan??
Apa tunggu lagi. Special offer for VIVIX.
PM yat 0192267990. ❤
#momisense

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
FB: Hayati NY
FB page: momisense biz
momisense.blogspot.com
WA/SMS: 019.226.7990