Monday, May 30, 2016

Taksub dengan vitamin Shaklee?

Ada juga kawan2 yang kongsi pandangan mereka bahawasanya pengedar Shaklee ni macam dah taksub dengan vitamin Shaklee.
Mungkinkah cara beberapa pengedar yang mendekati mereka dengan terlalu memaksa?

Atau mungkin sebenarnya mereka terlalu gembira untuk kongsikan pengalaman/pengetahuan mereka dengan orang ramai mengenai Shaklee...?

Bagi saya, saya pun suka untuk bercerita mengenai produk yang saya sendiri ambil ataupun yang diambil oleh keluarga/rakan terdekat saya.
Saya juga akan study dulu mengenai khasiat produk tersebut. Barulah mampu nak kongsikan dengan orang lain.

2 tahun saya menyertai Shaklee sebagai ahli, saya guna untuk diri sendiri dan rasai perbezaan sebelum ambil, semasa ambil dan selepas meninggalkan vitamin tersebut.

Sekarang kandungan saya 22 minggu, dengan kerja pejabat 9pg - 6ptg, menjaga 2 anak yang 3 tahun and 1.3 tahun, badan kadang2 teramat penat. Yang buat saya terfikir untuk aktif balik dengan Shaklee ni, (bukan setakat guna, tapi nak kongsikan dengan orang lain) adalah kerana suatu hari tu, Encik Suami bertanya saya, dulu ada ambil Shaklee, apa dah jadi? Di sinilah terfikir balik, hmmm betul gak tu, dulu konsisten ambil setiap hari, sekarang ni ambil ikut suka.

Seminggu je lagi nak Ramadhan, jadi saya nak cuba guna balik set vitamin untuk ibu mengandung SECARA KONSISTEN, lepas tu teruskan dengan set berpantang dan menyusu pula. Semoga badan akan lebih bertenaga dan kuat untuk menjaga anak2 comel dan bekerja dengan jayanya.

Jadi bermulalah kehidupan saya dengan mengongsikan perihal Shaklee di blog dan facebook saya agar sama-sama mendapat kebaikan.

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
Shaklee Independent Distributor (SID: 1230244)
momisense.blogspot.my
hayatiyusoff@gmail.com
019-2267990





Saturday, May 21, 2016

Mengapa ESP penting bagi ibu mengandung & menyusu kekal sihat & bertenaga?




Minuman tenaga saya, dulu, kini, dan selamanya, insyaAllah - ESP Soy Protein. Ia memberikan protein tambahan, non-GMO serta bebas lemak/kolesterol.

Saya suka dan masih mengambil ESP sejak berpantang anak pertama dulu dan akan terus dengan ESP terutamanya semasa bulan puasa nanti.

Ibu-ibu yang lain juga harus ambil ESP ini kerana:

1. Menyihatkan ibu & kandungan.
Semasa mengandung amatlah penting mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Antara yang penting adalah makanan yang kaya dengan protein. Selain dari daging dan ayam tanpa lemak, ikan, dan telur, ESP mampu memberikan sumber protein untuk ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.


Pentingnya protein untuk ibu mengandung kerana ia adalah bahan asas dalam menghasilkan sel-sel. Jadi ia amat penting untuk pembentukan janin, otot-otot dan organ bayi. 

Kekurangan protein dikhuatiri akan menyebabkan keguguran, pertumbuhan bayi terbantut dan lain-lain risiko.

2 - Mengekalkan tenaga yang berpanjangan.
Terutamanya di bulan puasa nanti, rasailah perbezaan bila minum ESP ni semasa bersahur. InsyaAllah, kita akan rasa kenyang lebih lama, walaupun menyusukan bayi ataupun mengepam susu. 

Kita kan biasanya sangat sibuk, kadang-kadang makan makanan yang tak seimbang, jadi haruslah ambil supplement/vitamin untuk cukupkan khasiat dalam badan.

Semasa lahirkan anak pertama dulu, lahirnya di bulan Ramadhan, memang pengambilan ESP ni banyak membantu saya kekal bertenaga...biiznilLah. 

3 - Membantu mengekalkan/menurunkan berat badan.
Bagi ibu berpantang/menyusu, sudah tentulah kita inginkan bentuk badan kembali kepada sebelum mengandungkan? Jadi, ESP boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan kerana ia memberi rasa kenyang yang agak lama.
Kalau saya, minum semasa breakfast, insyaAllah tahan sampai ke tengahari...

Resepi yang boleh dicuba:-
1 - Smoothie Kurma:
     3 sudu besar ESP
     1 cawan susu rendah lemak
     5 biji kurma
     1 cawan kiub ais
     Masukkan dalam blender - blend sampai hancur.

2 - Campurkan ESP ke dalam minuman kegemaran contohnya Vico, Susu perisa coklat/strawberi.

3 - Paling mudah bancuhkan saja ke dalam air bersuhu bilik/suam-suam kuku (bukan air panas ya, nanti hilang khasiatnya).

Nak tahu lebih lanjut mengenai ESP dan cara-cara pengambilannya? Hubungi saya.

Ikhlas,
Hayatiyusoff
019.226.7990
hayatiyusoff@gmail.com
momisense.blogspot


Pengalaman pertama bersama Shaklee.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini public posting saya yang pertama di blogspot.

Sekarang saya pregnant anak ke-3, alhamdulillah.. Allah tambah lagi rezeki.
Laju je mendatang setelah susahnya nak lekat dulu... ;)

Di sini saya nak share pengalaman bersama Shaklee, untuk anak pertama dulu, bila hampir nak melahirkan Uwais, saya dikenalkan dengan produk Shaklee untuk set penyusuan. Rakan sepejabat yg ceritakan kelebihan Shaklee ni.

Alhamdulillah, semasa menyusukan Uwais dulu susu meriah untuk dia... walaupun pada awalnya ada sedikit masalah dan saya mula beranggapan bahawa susu saya ni jenis yg sikit.

Rupa-rupanya saya yang silap, tak jaga pengambilan air - ingat ya mummy, air memang kena banyak bagi ibu menyusu, nak-nak pulak kalo kita duk ada sapu losyen panas untuk bakar lemak2 tu.. makan pula supplements/vitamin.

Banyak lagi lesson learnt dari pengalaman dengan anak pertama & kedua yang akan saya gunakan untuk anak ketiga nanti, insyaAllah. BiizniLlah..

Wajib makan makanan berkhasiat ya semasa mengandung & menyusu - ini nanti insyaAllah saya cerita dalam entry lain pulak.
Dan haruslah ambil supplements/vitamin untuk kuatkan balik badan yg lemah lepas beranak...

Set menyusu yang saya ambil masa tu agak banyak, tapi sayang tanpa ilmu, kita akan kurang hargai supplements tu. Antara yang saya ambil:
1 - ESP
2 - Alfalfa
3 - Vita-Lea Iron
4 - Zinc
5 - Soy lecithin
6 - Ostematrix
7 - B-Complex
8 - Omega Guard

Haaaa banyak tak? heheh... memang tak larat la nak makan semua tu bila kita tak berdisiplin & kurang ilmu... Orang pun takdelah nak ajar sangatkan kalau kita tak bersungguh tanya.
Sekarang ni saya dah makin pandai... dan suka je nak share ilmu ngan semua.

Yang banyak2 kat atas tu, saya paling gemar & memang tak tinggal ambil ESP, Alfalfa, Ostematrix, Iron & Zinc semasa menyusu.

Masa beli produk Shaklee kat atas ni, saya tak join sebagai ahli pun sebab masa tu yang saya fikir nak makan supplements untuk pastikan diri saya makin sihat & dapat susukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun. Masa tu belum sedar kelebihan Shaklee untuk bagi pulangan balik (cash return) untuk belian kita. Rugi kan?

Nak tahu lebih info pasal set penyusuan Shaklee? Dan macam mana anda boleh dapat balik cash? Boleh whatsapp/email saya.

Ikhlas,
Hayatiyusoff
019.226.7990
hayatiyusoff@gmail.com
momisense.blogspot