Tuesday, August 30, 2016

Kenapa Ostematrix menjadi vitamin PERLU buat saya?

Apakah itu Ostematrix?

Kandungan utamanya adalah kalsium.
Dan ia juga mengandungi vitamin D & Magnesium untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih optimum/efisien.

Walaupun saya sedikit lambat untuk mendapatkan anak yang pertama, setelah macam2 kami cuba...

Namun kini Allah anugerahkan anak-anak dengan agak laju kepada kami.
Syukur alhamdulillah...

Cumanya bila agak cepat hamil lagi (selepas bayi hampir setahun), badan saya agak terasa lenguh-lenguhnya.

Almaklumlah, saya ni pantang makan 40 hari je... & pantang makan saya hanyalah secara sederhana, bukanlah ekstrim sangat seperti beberapa kawan saya yang berpantang itu... 😁

Contoh, ais saya dah mula ambil selepas habis pantang 2 atau 3 bulan macam tu.
Ini kira sendiri buat, sendiri tanggunglakan.. 😅

Berbalik kepada kenapa Ostematrix menjadi pilihan dan keperluan buat badan saya:

1. Menghilangkan lenguh-lenguh badan & sakit sendi.

Ini pengalaman terbaik saya dengan ostematrix, setelah konsisten makan ostematrix setiap malam selama 4-5 hari, sakit sendi di bahagian pangkal paha saya telah berkurangan dengan drastiknya.

Ini terbukti bila mana saya yang terpaksa sapu krim panas pada waktu pagi (sebelum ke pejabat) & waktu malam (sebelum tidur), tidak perlu lagi bergantung pada krim panas tersebut setelah mengambil ostematrix. Hebat bukan? Dengan izin Allah sudah tentunya.

2. Mengelakkan kaki bengkak/sembab (water retention).

Semasa mengandungkan anak pertama dulu, kaki saya memang sembab, bengkak bagaikan bini Shrek. Memang betul! Sakit tauu nak jalan bila kaki sembab.

Semasa anak kedua pula, taklah seteruk mana.. tapi masih sembab. Ini mungkin kerana saya kadang2 ada mengambil ostematrix (ikut suka & tidak konsisten).

Hamil anak ketiga (sekarang 35 weeks), alhamdulillah kaki saya tak ada bengkak macam dulu.

Malah baru je pergi check-up last week. Doctor check kaki, alhamdulillah baik-baik saja.

3. Mengelakkan kejang kaki.

Pengalaman anak dahulu, bila dah trimester ketiga, kaki saya mudah sangat kejang (cramp) terutamanya semasa tidur & bangun tidur.

Sekarang hamil, alhamdulillah... kejang-kejang tu tiada atau mungkin terjadi sangat sedikit (sehingga saya tak ingat ada atau tidak terjadi semasa tidur).

Dan yang paling membuatkan saya yakin yang ostematrix ni mampu mengelakkan kejang kaki adalah kerana bila 2 hari lepas saya terlupa makan, kaki terus rasa sedikit membengkak & mudah nak kejang.
Hari ini bila saya memandu dengan keadaan jalan yang sangat jem, betis terasa mengeras dan hampir kejang.

4. Mengelakkan sembelit.

Wanita hamil memang biasa dikaitkan dengan sembelit, ada yang sampai mendapat buasir semasa hamil. Seperti saya semasa hamil anak pertama dulu..

Tapi alhamdulillah, sejak konsisten dengan ostematrix, memang pengalaman saya hamil kali ini, membuang air lebih mudah & lawas.

Inilah antara sebab-sebab mengapa saya memerlukan Ostematrix.

Kalau anda juga mahukan kehamilan yang lebih selesa seperti saya, boleh cuba mengambil Ostematrix.

Kalau ada yang nak bertanya, silalah hubungi saya ya.

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman & Tips Kesihatan

10 Resepi ESP Shaklee

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak kongsikan resepi-resepi terbaik menggunakan Shaklee ESP.

Ada yang mengadu kat saya, ESP ni rasa dia plain sangat, tak lalu nak minum begitu je.

Okay, kita kena ingat apa tujuan sebenar kita beli ESP ni.. sebab sejuta khasiat dia kan?

Jadi janganlah kita ketepikan dia begitu saja tanpa mencuba kepelbagaian resepi.

Antara kebaikan/kelebihan ESP:
✔ menambah tenaga & membekalkan tenaga dgn lebih lama - sgt bagus utk ibu menyusu, ibu hamil, orang yang tenga diet untuk kurus & untuk semua peringkat umur.

✔ milkbooster & memekatkan susu ibu.

✔ menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & membantu mempercepatkan pemuliha luka.

✔ non-GMO soya. Bebas toksin. Organik.

✔ dan banyak lagi - nanti saya ceritakan dalam entry lain ya.

Shaklee ESP ini boleh dijadikan makanan snek tambahan sama ada minum petang atau supper atau bila-bila masa. Sarapan bagi pun sangat best!

Sila klik di gambar ya untuk melihat resepi-resepi terbaik ini.
Bila dah pandai... boleh mencuba resepi sendiri pula. Gunakan bahan kegemaran anda.

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: pengalaman & tips kesihatan

Wednesday, August 10, 2016

Ibu dah nak kerja, bayi pula taknak susu botol?

Bismillah,

Anda perlu masuk kerja, namun bayi tidak mahu langsung menggunakan botol susu.

Tentu amat merisaukan?

Dua2 anak saya sebelum ini, menolak botol (refuse bottle) bila dah habis pantang & perlu ke taska.

Bukan kerana tak ajar atau tak kenalkan botol kepada mereka.

Semasa dlm pantang (bulan kedua), kalau nak tahu anak2 saya memang dah beberapa kali minum menggunakan botol. Ini saya memang train sekurang2nya sekali @ 2 kali dlm seminggu. Dan yg memberikan mereka susu menggunakan botol susu ini adalah suami, mak atau kakak saya.
Tiada masalah pun sebenarnya...

Bila dah habis pantang & perlu masuk kerja.
Anak-anak saya mula menolak botol...
Pelbagai tips telah saya gunakan.
Nasihat dari Cikgu Susu dan kawan-kawan yg berpengalaman & pakar pun dah dibuat.

Bagi yang mengalami masalah yang sama seperti saya, boleh cuba gunakan tips di bawah ini ya:

1. Gunakan botol wideneck:
Ini kerana botol wideneck lebih menyerupai payudara ibu.
Antara brand yang dicuba oleh ramai ibu-ibu termasuk saya sendiri:
📌Pigeon
📌Comotomo
📌Avent
📌NUK
📌MAM

2. Biar orang lain (selain ibu) yg menyusukan bayi. Kadang2 ibu terpaksa berkurung dlm bilik lain atau pon terpaksa keluar sekejap dari rumah. Sebab bayi memang hebat, dari jauh pun dia boleh bau ibu dia. 😉

3. Gunakan alternatif kepada botol susu;
📌cawan kecil
📌picagari (syringe)
📌sudu

4. Kerana dikhuatiri bayi tidak suka kepada susu frozen (yg dipanaskan), mungkin disebabkan bau dll, mulakan dgn susu perahan yg segar (fresh ebm).

Cuma pesanan saya buat ibu2, walaupun bermacam cara atau tips sudah kita gunakan & anak2 kita masih menolak botol, apa yg paling penting kita lakukan adalah banyak2 berdoa, doa doa doa... solat hajat.

Mungkin ini sebenarnya yang Allah inginkan dari kita.

Secara jujurnya, anak saya yang pertama, kini 3 tahun lbh, dahulunya juga menolak penggunaan botol susu, kalau tak silap saya 2-3 bulan.

Anak saya yang kedua pula lagi tegar orangnya, sedari umur 3 bulan sehinggalah masuk 1 tahun, barulah dia betul-betul menerima botol.

Sebelum itu bila di taska, dia akan menangis saje... dan sesekala dia akan menerima bila teacher berikan susu menggunakan feeding cup, sudu atau syringe.

Memang dia ikut mood sahaja. Bayangkanlah hati seorang ibu yg terpaksa di pejabat selama 9 jam.

Masuk bulan kedua dia di taska, teacher bagitau, dia sekarang dah tak menangis bila lapar nak susu.

Malah bila dia bangun tengahari, dia hanya akan berdiam saja, main tangan sendiri etc... seolah-olah teacher kata, dia memang taknak nangis, sebab bila dia nangis, teacher akan bagi botol.

Haaaa comel tak anak-anak mommy?
Biasalah anak-anak sementara nak besar, macam-macam lagi kerisauan untuk ibu & ayah mereka.

Apa-apa pun, ibu-ibu yang ada masalah yang sama, boleh cuba dulu tips di atas.
Semoga mendapat pengasuh yang penyabar juga ya. Macammm kami punya! 😍

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
019.226.7990 (WA/SMS)
Momisense@gmail.com
Shaklee ID: 1230244

Sunday, August 7, 2016

Postnatal Set ( Set untuk Ibu Berpantang)

Set Consists of:


  • OsteMarix™ 

  • OmegaGuard™ 

  • Vita-Lea® Iron Formula*

  • ESP - Soy Protein Isolate Powder

  • Sustained Release Vita-C Plus

  • Alfalfa Complex (S)


*Vita-Lea - currently out of stock at Shaklee Malaysia
I have few bottles in stock - while stock lasts! (siapa cepat, dia dapat...)


Power Pumping - Teknik Memeriahkan Susu Ibu

Alhamdulillah, 
Ramai ibu-ibu yang bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun.

Namun, susu yang pada awalnya meriah, boleh merudum disebabkan banyak faktor antaranya:


1. Kurang mengepam/kurang menyusukan secara direct

2. Stress/Tekanan
3. Pengambilan air yang tidak mencukupi
4. Tidak cukup rehat
5. Pemakanan tidak seimbang
6. Kafein
7. Masalah hormon & kesihatan


TEKNIK POWER PUMPING


Merupakan teknik mengepam yang seolah-olah meniru keadaan di mana bayi kita kerap menyusu (growth spurt).
Teknik ini menggunakan konsep "demand & supply" di mana lebih kerap ibu-ibu mengepam, lebih banyak susu yang akan dihasilkan kerana otak kita akan menerima signal bahawasanya bayi kita memerlukan susu yang lebih banyak.

SIAPA YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN POWER PUMPING INI?

1. Ibu yang susunya berkurangan & ingin memperbanyakkan susu kembali.
2. Ibu yang ingin relaktasi atau yang ingin menyusukan kembali anak selepas berhenti menyusukan.

BAGAIMANA MELAKUKANNYA?

Hanya memerlukan satu jam setiap sesi. Lakukan selama 5 - 7 hari.


Single Pump/ Hand Expression:


Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.


Double Pump:


Pam kedua-dua belah serentak selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung lagi mengepam 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sehinggalah cukup 1 jam.



BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MELAKUKANNYA?

Bila-bila masa, tetapi hendaklah di waktu yang tidak stress, seeloknya, di waktu malam ke subuh, kerana pengeluaran hormon lebih banyak di waktu ini.


Seandainya anda terlalu sibuk di tempat kerja, boleh juga melakukan teknik ini di tempat kerja anda sekiranya keadaan tempat kerja anda sesuai & mengizinkan.


Anda juga boleh fokus melakukan teknik ini pada hujung minggu pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu & melakukan rutin mengepam yang biasa di waktu kerja, weekdays.


BERAPA LAMA UNTUK SAYA NAMPAK HASILNYA?

Ianya bergantung kepada individu, mungkin seawal hari ke-3 atau 4, ada yang memerlukan masa sehingga seminggu.


Walaupun pada hari pertama, hasil sangat sedikit atau pun hanya angin yang keluar, teruskan saja power pumping ini. Paling penting untuk tidak berputus asa & bersedih.

Sentiasa berusaha, doa & tawakkal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Bersyukur denan apa sahaja hasil yg diperolehi & elakkan dari membandingkan dengan susu orang lain.

TIPS UNTUK MENJAYAKAN POWER PUMPING

1. Cuba sentiasa ceria - lihatlah video anak-anak yang comel & membaca ayat-ayat al-Quran.

2. Gunakan breastpump yang berkualiti.
3. Konsisten & jangan berputus asa.
4. Lakukan di tempat  & masa yang selesa - contohnya weekend dan di waktu awal pagi, selepas anda bertahajjud.