Friday, September 16, 2016

Milk Booster & Pemakanan Sihat sepanjang "breastfeeding journey".

Bismillah, 

Tahniah buat ibu-ibu semua yg berjaya breastfeed si manja anda.

Ada ibu yg bermula dengan susu yang banyak & terus banyak sehinggalah anak berumur 2 tahun.


Ada yang pada awalnya banyak, lepas tu berkurang...Ada juga yang pada awalnya sikit tapi bertambah meriah saban hari dek penjagaan makanan & cara penyusuan atau mengepam susu dgn betul.



Pengalaman saya sendiri, susu saya adalah biasa-biasa saja, jadi saya wajib menjaga pemakanan dan juga mengambil supplement/milkbooster untuk memastikan susu saya cukup untuk bayi saya.

Saya pernah menangis kerana tertumpahkan 1 atau 2 oz susu. Perasaan sedihnya Allah je tahu...

Tapi selepas itu saya berjaya penuhkan stok susu ke dalam 1 freezer. Yang menyedihkan mungkin sebab terlalu penuh, jadi pintunya mungkin tidak rapat, keesokannya bila saya perasan, banyak susu yang dah mula mencair. 

Masa tu ilmu tak banyak, jadi saya buang semua, termasuklah yang masih banyak kristal-kristal ais dalam botol. Sebab saya takut susu tersebut telah tercemar & mungkin berbakteria.

Masa tu juga ada perasaan nak give-up, tapi cuba banyakkan bersabar dan positifkan minda, sehinggalah saya mampu mengumpulkan kembali stok untuk bayi ke taska. 

ALHAMDULILLAH, yang paling penting kena kuat dan positif yang kita mampu menyusukan anak kita selama yang boleh, dengan izin Allah.

Di sini saya akan kongsikan pemakanan yang sesuai dan seimbang untuk ibu-ibu menyusu, kerana apa yang dimakan oleh ibu akan diserap juga oleh si manja. 

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tips pemakanan yang terbaik bagi mengekalkan nutrisi yang ada dalam susu anda, di samping memastikan susu sentiasa banyak.

1. Minum banyak air dan susu

Minumlah air 2 - 3 liter atau 8 - 12 gelas air setiap hari. Terutamanya air suam sebelum dan selepas menyusu.

Ibu-ibu boleh memilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, dan susu soya tiada gula.. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Selain itu, air susu juga penting untuk menambahkan susu.

2. Dapatkan zat besi yang banyak

Sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi zat besi yang tinggi.
Jika anda mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

3. Jangan diet untuk kurus dengan cepat

Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. Ini adalah big NO.

Tunggulah sehingga sekurang-kurangnya bayi anda mula mengambil makanan tambahan (solid food), iaitu selepas 6 atau 7 bulan.

Penyusuan yang betul akan membantu membakar kalori dan mengurangkan berat badan ibu.

Namun, sekiranya ibu-ibu ingin mengambil supplemen tambahan untuk kurus, pastikan yang diambil itu adalah selamat dan tidak membahayakan diri dan si manja.

Ibu-ibu boleh baca tips di blog saya - sila klik link di bawah:

http://momisense.blogspot.my/2016/07/supplement-kurus-untuk-ibu-menyusu.html

4. Kurma

Kurma mampu membekalkan tenaga kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi.
Ini merupakan buah kegemaran saya semasa hamil dan breastfeed.

Sekarang ni dah macam-macam produk kurma, kalau tak suka yang plain, ada kurma coklat, jus kurma dan lain-lain.

Ibu-ibu kena pastikan cukup tenaga, barulah susu akan meriah.

Saya pula suka shake kan kurma ini bersama Soya ESP Shaklee, bersama minuman coklat - ini milkbooster saya.

5. Oat

Oat boleh dicampurkan dengan minuman coklat, atau dibuat overnight oat dengan buah-buahan, atau dicampur ke dalam apa-apa minuman kegemaran ibu-ibu.

Oat kaya dengan nutrisi yang mampu membuatkan kita kenyang dan lebih relaks.

6. Habbatussawda'/ jintan hitam

Ia boleh direbus dan diminum airnya ataupun campurkan saja ke dalam makanan kita seperti sayuran/nasi. Ia juga mampu meningkatkan antibodi.




7. Halba

Cara minum sangat senang, cuci halba, rendamkan dalam air panas, dah boleh diminum air bila suam.

8. Jantung pisang

Ini petua orang-orang lama, walaupon saya tak pernah cuba sendiri namun ramai yang berkata ianya mampu menambahkan susu ibu.
Boleh dibuat kerabu, masak lemak atau rebus buat ulam pun boleh... ikut selera.




9. Lobak putih
Ini memang kakak yang menjaga saya semasa pantang yang ajarkan.
Boleh dimasak dengan lada hitam dan bilis - sedap sangat sayuran bersup.

Tak semestinya makan semasa pantang je, bila-bila masa pun boleh.




Bagi ibu-ibu bekerja yang sangat sibuk dan sesekala tidak sempat untuk menjaga diet pemakanan yang sihat dan seimbang, haruslah ditambah dengan supplement.

Untuk saya, saya menggunakan supplement Shaklee untuk memastikan saya mendapatkan nutrisi terbaik secukupnya untuk saya dan bayi. Tetapi seharusnyalah menjaga pemakanan lain yang menyihatkan.

Supplement Shaklee untuk ibu menyusu ini adalah:

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vitamin C
  4. Vitalea Iron formula
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard
  7. B-Complex
Tak perlulah ambil semua ini, ambil yang mana ibu-ibu rasakan perlu sebagai vitamin tambahan sahaja.

Untuk konsultasi atau nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya.

Ikhlas,

Norhayati Yusoff
019.226.7990
momisense.gmail.com



Rujukan:
Babycentre, dll.


Thursday, September 1, 2016

Kumpul stok susu ibu semasa berpantang.

Bagi ibu anak pertama, amat penting ilmu ini ya. Bagi ibu anak kedua & seterusnya, mungkin sudah ada pengalaman yang boleh dijadikan iktibar.

Kalau tak dimulakan awal, bila sampai waktu nak masuk kerja, kita akan mula rasa stress & kecewa kerana risau bayi tidak cukup susu nanti. Ini terjadi pada saya semasa anak pertama dulu.

Bagaimana nak buat stok susu semasa pantang?

Setiap ibu yang sudah berpengalaman akan ada cara tersendiri, tapi bagi yang ingin cuba cara saya, boleh cuba seperti di bawah.

1. TARGET. 🎯

Tempoh pantang berbeza mengikut syarikat masing-masing, ada yang 2 bulan, 3 bulan & 6 bulan.
Jadi anda boleh rancang berapa banyak nak buat stok.
Ibu boleh mula mengepam untuk stok selepas 2 minggu melahirkan.

Kenapa 2 minggu?
1. utk bagi masa pada ibu berehat & jgn terlalu fikirkan stok sangat - takut terlalu stres.
2. awal-awal ni susu tak banyak sbb kolustrum pekat yg sikit tu sudah mencukupi buat si manja.
3. awal seminggu dua ni pun biasanya si manja suka duk mengempeng je.. jadi tak perlulah ditambah dengan kerja-kerja nak mencuci pam dan sebagainya.
Fokus kepada direct feeding & bonding ibu & bayi.

Target berapa botol sehari. Bagi saya sehari 1 botol (5 oz) sudah mencukupi.

Katalah ibu berpantang 60 hari. Tolak 14 hari, masih ada 46 hari.

5oz X 46 = 230oz. Banyak niii! 😉

2. JADUAL MENGEPAM.🕕

Sediakan dan ikut jadual yang disediakan dengan teratur. Lakukan 3 kali sesi mengepam setiap hari, dimulakan seawal pagi.


Pada mulanya mungkin hanya akan dapat 1oz atau 2oz, atau mungkin kurang dari ini.
Jangan risau, simpankan dulu di peti ais (jangan dibekukan).
Teruskan mengumpul dengan 2 kali pam lagi di hari yang sama.

Gunakan botol berlainan yang sudah disterilkan untuk setiap sesi perahan.

Simpankan di peti sejuk, bila suhu sudah sama (biasanya selepas 1-2 jam, bergantung juga pada peti sejuk dan cara penggunaan seisi rumah) ibu bolehlah mencampurkan susu perahan 3 botol itu.

Haaa kan dah dapat 4 - 5oz.
Dan ini akan makin bertambah dari hari ke sehari.

3. TANDEM NURSING & PUMPING.❤❤

Apa itu tandem nursing?
Maknanya, mengepam sambil menyusukan si manja.
Pada awalnya mungkin ibu akan rasa agak sukar, tapi bukankah "practice makes perfect", jadi cubalah ya.

Ini akan lebih memperbanyakkan susu ibu kerana rangsangan yang diberikan seolahnya memberitahu otak kita bahawasanya bayi kita memerlukan lebih banyak susu.

Jadi dengan sendirinya hormon yang terhasil akan membantu mengeluarkan lebih banyak susu.

4. PAM SEBELUM BENGKAK SUSU. 🤒

Kita silap kalau kita fikir yang bila susu dah bengkak itulah masa terbaik nak pam susu.
Ini kesilapan besar, malah ini boleh menyebabkan susu ibu berkurangan.

Kita haruslah mengepam mengikut masa/jadual yang kita dah tetapkan tadi walaupun terasa kosong, mungkin kerana bayi baru saja minum.

Kadang-kadang kita boleh rasa bila breast mulai berat dan seolah susu nak keluar ( Let Down Reflect), inilah masa terbaik nak mengepam sekiranya baby belum mahu menyusu.
Atau boleh lakukan tandem nursing seperti info point nombor 3 di atas.

Bengkak susu ni kalau selalu dibiarkan boleh menjadi sangat sakit sehingga boleh demam teruk ya. Jadi haruslah jaga baik-baik.


Saya sendiri mengamalkan Lecithin Shaklee agar susu lancar dan elakkan "clogged duct".

5. KOSONGKAN PAYUDARA.⌛

Ini amat penting kerana kalau asyik dibiarkan tanpa mengosongkan payudara, lama kelamaan susu akan berkurang kerana otak seolah diberitahu bahawa susu yang diperlukan adalah kurang dari itu.

Ia juga akan menyebabkan ibu-ibu mengalami bengkak susu / clogged duct / susu tersumbat.

Bagaimana nak tahu payudara kosong?
Payudara akan terasa ringan dari sebelum itu.

Pamlah sekurang-kurangnya 20-30minit setiap sesi atau sehingga payudara sudah berhenti mengeluarkan susu.

Atau kalau direct feeding, tunggu sehingga bayi melepaskan susu & menunjukkan tanda kekenyangan.

6. GUNAKAN DOUBLE PUMP. 👐
Pengalaman saya menggunakan double pump (2 corong) adalah lebih baik & lebih cepat. Saya menggunakan medela freestyle.

Kita hanya memerlukan 20-30 minit saja untuk kedua-dua belah payudara secara serentak, berbanding 40-60 minit untuk selesaikan mengepam bagi yang menggunakan single pump.

Jadi kita akan punya lebih masa untuk berehat.

7. JAGA PEMAKANAN.🍎🍌🍪

Ini paling penting bagi ibu-ibu berpantang dan menyusu.

Biasakan diri untuk minum air suam sebelum dan selepas menyusu/mengepam. Boleh juga menggantikan air suam kosong dengan air coklat atau air kurma merah atau apa-apa air yang tidak menyebabkan angin dalam badan.

Memang sudah fitrah, ibu menyusu/mengepam akan selalu lapar & dahaga.
Jadi kerapkan pengambilan makanan (snek yang menyihatkan).

Kita tak perlu diet untuk kurus dengan mengambil kepelbagaian jamu tauu.. sebab penyusuan yang betul boleh membakar kalori, insyaAllah.

Namun janganlah pula setiap hidangan yang kita makan tu harus selalu ambil nasi atau makanan berat selalu. Penjagaan diet yang betul adalah penting.

Saya amalkan ESP Shaklee + vico + oat + kurma.
Ini sudah cukup mengenyangkan malah membantu menambahkan dan memekatkan susu saya.

Atau paling senang, amalkan beberapa biji kurma sebagai snek harian ibu menyusu.

8. BERSABAR DAN SENTIASA POSITIF

Ianya amat meletihkan untuk menyusu, mengepam, pantang makan, pantang itu ini dan sebagainya, tapi ingatlah sangat besar pahala seorang ibu yang menyusukan anaknya.

Dan sentiasa berfikiran positif, jangan sesekali beranggapan susu kita adalah sedikit dan tidak cukup buat anak kita.

Yang penting kita usaha bersungguh-sungguh dulu, Allah pasti memberikan yang terbaik buat kita. InsyaAllah.

Okay, cukup dulu buat masa ni, kena amalkan tau...
Jangan nanti dah nak habis pantang baru kalut nak buat stok. Nangis tak berlagu nanti.

Jaga diri baik-baik ya ibu-ibu semua.
Hadiah terbaik yang kita boleh bagi pada anak-anak, suami dan keluarga kita adalah dengan menjaga kesihatan kita sebaik yang boleh.

Di bawah ini saya nak kongsikan promo Shaklee untuk bulan September ini:

ESP:
✔Buy 2, discount 5%
✔Buy 6, free 1

Vitamin C pun sama ya.

Pengambilan 2 beradik ni boleh:
✔mengembalikan seri wajah,
✔melembabkan kulit,
✔elakkan kulit muka yang kusam,
✔cantikkan rambut,
✔hilangkan lesu-lesu badan akibat tak cukup tidur,
✔tingkatkan pertahanan badan dan banyak lagi.

Kalau ada yang nak tahu set hamil, berpantang & menyusu pun boleh saja PM saya.

Saya akan bagi konsultasi terbaik mengikut budget & kemampuan kewangan masing-masing.

Ikhlas & salam sayang,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
Shaklee ID: 1230244
momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Pengalaman & Tips Kesihatan