Friday, December 9, 2016

Potty training - bila masa paling sesuai?

Alhamdulillah. Potty training... suatu perkara yang saya fikir entah bila saya akan mampu lakukan untuk anak sulung saya.

Saya ibu anak tiga. Jarak mereka dekat-dekat... orang kata subur pulak sejak makan Shaklee. La la la... alhamdulillah. Biiznillah.

Sekarang saya masih di kampung, baru lepas berpantang anak ketiga. Anak sulung saya, Uwais berumur 3 tahun 5 bulan. Dah lama saya nak potty train dia tapi tak buat-buat sebabnya saya dan suami dua-dua kerja keluar pagi, magrib baru nak sampai rumah. Terlalu banyak alasan.

Weekend nak train, manalah nak sempat saya fikir. Lagipun yang saya duk baca-baca, ideanya kena amek cuti. Yang mana agak sukarlah bagi saya. Alasan lagi..

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk minggu kedua saya potty train Uwais. Rupanya tidaklah susah gila-gila macam yang saya fikir. Tapi di sini saya juga mendapat bantuan mak saya di mana awal-awal dulu tu bila Uwais terkencing mana-mana, mak saya akan tolong cuci sama.

Jadi bila waktu yang paling sesuai nak potty train?

1. Bila anak dah bersedia dan pandai untuk beritahu dia nak ke tandas.

2. Bila mak/bapa bersedia nak potty train anak dia dan redha dengan apa yang bakal terjadi.

3. Tiada umur rasmi untuk latihan ni. Seorang kanak-kanak di bawah dua tahun tidak boleh mengawal bila dia hendak membuang air kecil atau besar. Otot-otot yang mengawal pundi kencing dan rektum mereka masih belum matang sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan hingga dua tahun.
Sebab itulah menunggu tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia ialah kunci kejayaan.

Tips untuk berjaya:

1. Jangan marah anak yang dilatih itu andainya dia terkencing atau membuang di kawasan rumah yang tidak sepatutnya.

2. Di awal sesi latihan, kerapkan untuk ingatkan anak supaya bagitahu bila nak ke tandas. Dan saya lebih suka ajak dia kerap ke tandas. 2 hari pertama, setiap sejam atau dua jam. Ya, wujud unsur memaksa di situ. Kadang-kadang bila dia sibuk nak main, dia tak suka nak ke tandas. 😎
Kemudian bila tengok dia dah makin pandai, saya lebih banyak biarkan dia sendiri yang cakap bila nak ke tandas.

3. SABAR SABAR SABAR. Fikir positif. Jangan stress. Kalau rasa nak stress tu cepat-cepat makan vitamin B-Complex. 

4. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Yang ini memang benar, jadi terpulang kepada kita.

Oh ya, setakat ini saya hanya latih dia di siang hari. Malam bila dia tidur, saya masih pakaikan dia lampin. Sebabnya dengan adik dia yang baru berumur 3 bulan. Saya belum mampu untuk berjaga whole night untuk kedua-duanya.

Doakan saya nanti berjaya latih di sebelah malam pula ya. Ada tips & cara-caranya? Sudilah kongsikan di bahagian komen ya. Atau whatsapp atau emel. Lebiu!! 😘

Salam sayang,
Norhayati Yusoff (Yat Momisense)
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: pengalaman & tips kesihatan

Credit to Babycentre.

Wednesday, December 7, 2016

Cukup ke gosok gigi je?

Bismillah.

Sekarang dah Disember. Tahun ni dah pergi jumpa Dentist tak? Paling tidak setahun sekali kan?

2 minggu lepas Yat ke klinik gigi. Masa duk kat kampung jugalah senang nak pergi kan...

Alkisah tampalan gigi yang dah berkurun dulu tertanggal masa lepas bersalin haritu. Jadinya pergilah tampal balik, cuci gigi sekalilah of course..

Lepas dah siap tu... Doctor pun pesanlah, lepas gosok gigi, pastikan kumur dengan antiseptik. Barulah lebih sempurna penjagaan gigi kita.

Dapat pesanan penaja... baguslah. Sebab Yat pun setuju sangat. Memang suka pun, lepas kumur-kumur tu... segar je rasa mulut. Nafas pun jadi tak berbau.

Korang pun jadikanlah habit untuk guna antiseptik ni ya.

Kalau taknak hari-hari pun, sesekala floss lah gigi ya. Penting untuk buang sisa-sisa makanan kat celah2 gigi.. yang tak sampai dek berus.

Dan untuk penjagaan gigi yang lebih baik, Yat memang amalkan OSTEMATRIX. Khas untuk bagi gigi kuat & sihat. Cubalah sendiri.

Nak order Ostematrix, boleh hubungi Yat.

Salam sayang,
Shaklee ID: 1230244
Norhayati Yusoff (Yat Momisense)
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY

Sunday, December 4, 2016

Istimewa hujung tahun 2016!

PROMO DISEMBER!

Collagen : Beli 6 percuma 1
Collagen : Beli 2 dengan diskaun 5%
Vitalea Kids : Beli 3 percuma 1

Dengan mana2 belian di atas, anda berpeluang:

✔beli Multi Stack Dispenser pada harga jimat.
✔beli 1 Carotomax, & dpt Percuma lagi 1 Carotamax.
(Sementara stok masih ada)

Hujung tahun yg tentunya SPECIAL! 😍
Dapatkan segera.

Whatsapp saya utk info lebih lanjut.

Salam sayang,
Yat #momisense
019.226.7990
SID 1230244
FB: hayati ny
Momisense@gmail.com