Thursday, January 19, 2017

Bayi taknak diletakkan?

Alhamdulillah, bayi saya sekarang ni tengah tidur nyenyak seorang diri. Sudah sejam lebih. Lama dah tu bagi dia yang suka sangat nak berkepit dengan saya. Jadi dapatlah masak tengahari dan buat kerja lain-lain.

Semalam 2 hari memang langsung dia taknak diletakkan, pasti meraung. Kat pangku dah tidur, bila letak saja terus bunyi. Dari pagi ke petang, bawak ke malam. Tapi dia bukan selalu macam ni, rasanya mungkin perut dia kurang selesa.

Memang biasa bagi dia untuk membuang setiap hari. Tapi 2 hari lepas, hanya sedikit sangat yang keluar. Macam tak habis. Tapi taklah perut dia kembung. Saya pun selalu sapu minyak bayi setiap kali tukar lampin.
Malam tadi dan pagi tadi dia telah membuang air besar dengan jayanya. Jadi agaknya perut dah baik, perangai berkepit pun berjaya dikawal. Alhamdulillah.

Ibu-ibu lain ada hadapi masalah yang sama tak? Puas duk ulit bayi, kadang-kadang tu dah dekat sejam lena kat pangku, bila letak saja, terus mata bulat duk tengok kita. Kalau ditinggalkan juga, apalagi raunglah dia.

Jadi nak buat macam mana?

PERTAMA: SEDIAKAN ELEMEN MENTENTERAMKAN

1. Bedung : untuk sensasi rasa hangat pelukan berpanjangan.
Tapi tengok bayi juga. Kalau anak saya yang ketiga ni, kalau dibedung lagi dia terjaga dan langsung sudah tidak mahu tidur.
Cara lain adalah untuk meletakkan bantal-bantal di kiri kanan bayi untuk bagi rasa kemas seolah-olah kita masih bersama dia.

2. Hayunan: tiada ibu yang mampu untuk tidak terdodoi atau menggoyang bayi setiap kali memegang atau mendukung bayi bukan? Malah bayi sudah biasa merasa bagai dihayun setiap kali ibu bergerak semasa didalam kandungan. Maka bila ibu sudah tak boleh mendodoi, buaian adalah gantinya. Ingat,hanya buai boleh laras penuh sahaja yang di benarkan standard antarabangsa.
Pastikan anda sentiasa memerhati. Dan tiada anak-anak kecil lain yang boleh membahayakan bayi.

3. Bunyian mententeramkan (white noise):
Pasanglah white noise sebagai ganti kerana bayi sudah terlalu biasa mendengar degup jantung ibu,aliran darah ibu serta gerakan organ pencernaan ibu. Senyap sunyi itu merimaskan bayi!.
Pasanglah zikir-zikir atau ayat suci al-Quran.

KEDUA: LATIH ANAK LENA DENGAN SENDIRI

Kita sebagai ibubapa sudah tentunya tidak mahu anak kita terus bergantung kepada alat bantuan atau bantuan kita untuk boleh tidur, kekal lena dan untukt tidur semula jika terjaga akibat gangguan kecil.

Jadi, bermula usia sekitar 3 bulan, mula amalkan teknik ' sleep-awake'. Teknik ini bertujuan memberi peluang kepada anak untuk belajar lena dengan sendiri atau dalam erti kata lain meningkatkan kemahiran menenangkan diri sendiri anak.

Bagaimana caranya?
LETAK BAYI ANDA KETIKA DIA SUDAH TERLELAP ATAU MAMAI TETAPI BELUM LENA SEPENUHNYA.
Biarkan bayi melengkapkan lenanya sendiri diatas tilam/katil.

Maksudnya, jika sebelum ini anak sudah terbiasa lena didada ibu, dibuai atau di atas lengan ibu,maka tukar langkah ini.

Contohnya,susukan anak seperti biasa. Sejurus anak memperlahankan hisapan dan mula terlelap tapi belum lena, cabut puting anda dengan perlahan dan letak anak dibawah.

Ya, anak berkemungkinan besar akan mula terjaga dan memprotes. Ia hal yang biasa. Tandanya anak bijak kerana sedar dengan peralihan. Namun, jangan terus mengangkat anak. Tepuk-tepuk punggung atau usap belakangnya atau buat bunyi 'ssh' dan lihat jika anak mampu terlelap kembali.

Jika selepas beberapa minit tiada tanda anak mampu terlena kembali, boleh angkat dan tenangkan anak dengan cara biasa. Setelah anak tenang dan kembali terlelap, ulang semula langkah meletak anak ke bawah. Ulang langkah ini beberapa kali pada setiap kali anak ingin tidur.

Ia mungkin ambil sedikit masa sebelum anak mampu menerima perubahan cara tidur ini namun ingatlah, tiada masa lain yang lebih sesuai untuk melatih anak lena sendiri selain ketika mamai ini kerana peluang besar untuk anak makin memendekkan protesnya kerana sudah terlalu mengantuk.

Bagaimana jika anda tersasar: meletak anak ketika dia telah pun lena? . Ketika inilah anda perlu ganggu anak sedikit dengan mencium, menggaru tapak kakinya, mengalihkan posisi badannya dan sebagainya cukup sekadar untuk anak tersedar dalam mamai dan bukan hingga sedar sepenuhnya. Lihat jika anak mampu lena kembali setelah terganggu dari tidur.

Pada akhirnya,kita mahu situasi terakhir yang anak ingat sebelum lena ialah dia berada diatas tilam/katil. Ini supaya bila dia terjaga ketika fasa light sleep (peralihan waktu tidur dimana manusia akan mengubah posisi tidur, mencelik mata sebentar atau membetulkan selimut) , dia tidak panik bila menyedari dia diatas katil/tilam dan bukannya didada ibu,buaian atau dalam pelukan ibu.

Langkah kedua ni saya tengah praktikkan pada bayi 3 bulan saya. Malam tadi bila dia hampir lena di dada saya selepas menyusu, saya letakkan dia di atas tilam. Dengan mudahnya dia terus bangun. Bila saya biarkan, dia mula meraung-raung. Setelah beberapa minit masih meraung, saya susukan sambil baring bersama-sama, bila dia dah hampir lelap, saya hentikan menyusu dan tepuk-tepuk. Alhamdulillah lena sampai masa menyusu.

Harini pulak, saya buat benda yang sama. Menyusu dan hentikan semasa bayi masih mamai. Bila saya letak di tilam, bayi masih terjaga. Bila dia menangis, saya baring di tepi dan buat-buat tidur. Akhirnya dia pun terlelap sendiri.

Anak kita bijak-bijak, jadi nak kena sesuaikan dengan dia dan masa.
Selamat mencuba.

Credit: baby languange

Salam sayang dari Mommy anak 3,
Norhayati Yusoff
Shaklee ID 1230244
Tel: 019.226.7990
FB page: Klinik Mommy (@momisense)
FB: Hayati NY

Monday, January 16, 2017

Memperkenalkan makanan pejal untuk bayi

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya kita menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber makanan lain diperlukan. 

Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga kita mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan, kita haruslah lebih berhati-hati.

Jika ingin memberikan makanan pejal sebelum usia enam bulan, wajib berbincang dengan pakar pediatrik atau doktor terlebih dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi dilahirkan pramatang. 

Bilakah bayi bersedia untuk makanan pejal?

  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
  • Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • Duduk dengan baik apabila dipegang.
  • Mula-mula kita mungkin perlu memegangnya. Dudukkan dia di kerusi bayi atau sandarkannya di badan kita. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 
  • Melakukan pergerakan mengunyah.
  • Bayi mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, kita akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 
  • Berat badan telah naik secara sihat.
  • Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik. 
  • Amat berminat dengan makanan yang kita sedang makan
  • Bayi mula memerhatikan makanan yang kita sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa kita mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut. 

Apakah cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?

Berikan semua ini kepada bayi dengan sudu yang hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut. Kemudian, berikan dia susu yang selebihnya. Makanan separa pepejal tidak semestinya diberikan pada waktu pagi, pilihlah masa yang sesuai untuk kita dan bayi. 
Buatlah di masa yang relaks dan tenang, bukan di waktu kita sibuk atau kelam kabut.

Oleh kerana perut baby dan usus dia masih belum biasa dengan makanan pejal, mulakanlah dengan memberikan puri buah atau puri sayur-sayuran. Campurkan sedikit dengan susu ibu untuk memudahkan bayi suka dengan rasa makanan tersebut.

Cuba amalkan "4 days rules", iaitu memberi makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut. Ini untuk memudahkan kita mengetahui jika bayi kita cenderung kepada alahan atau alergi kepada sesuatu makanan.

Apabila bayi sudah biasa makan sebanyak dua atau tiga sudu kecil sehari, cubalah tambah makanan lain. Bila dia sudah pandai makan dan semakin cekap menggunakan gerakan mengisar ke kiri dan ke kanan, kurangkan sedikit cecair dalam makanan supaya teksturnya menjadi lebih pekat. Ini akan membantu bayi berlatih mengunyah (dengan gusinya) dan menelan. 

Selera bayi berubah dari satu waktu makan kepada waktu makan berikutnya, jadi perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang. Seorang bayi yang sudah tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap, atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya, mungkin sudah kenyang. 


Masihkah perlu saya memberi susu badan?

Ya, teruskan menyusu sehingga bayi berusia 2 tahun.

Susu badan dicipta sebagai makanan yang lengkap untuk bayi bagi enam bulan pertama. Susu badan memberikan vitamin, zat besi dan protin yang penting dalam bentuk yang mudah dicerna. 

Walaupun dalam sedikit masa dan secara perlahan-lahan, makanan pejal akan menggantikan sebahagian daripada keperluan bayi, susu badan atau susu formula tetap menjadi sumber nutrisi yang utama dan penting sehingga umurnya satu tahun. 

Kredit: Babycenter

Salam sayang,
Norhayati Yusoff
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB Page: Klinik Mommy

Wednesday, January 11, 2017

Kemalangan yang hampir menghancurkan jari

Bismillah,

Beberapa bulan yang lalu, kira-kira saya hamil dalam 7 bulan begitu. Selepas balik dari pejabat dan ambil anak-anak dari taska, saya dan suami singgah di gerai nasi lemak yang agak biasa kami pergi bila sampai taska pun sudah hampir azan Magrib.

Sebaik saja saya keluar dari kereta, pintu ajaib itu terlalu cepat saya tolak untuk tutup sedangkan tangan masih berada di situ. Makanya tersepitlah jari tengah dengan kuat sekali.

Dengan darah yang berderau kat muka dan sakit yang teramat di jari, saya membuka kembali pintu dan masuk ke tempat duduk. Sempatlah tengok kakak nasi lemak tu tengok dengan pelik.

Dengan bercucurannya darah di tisu, suami terus keluar ke gerai tadi. Bukan nak beli nasi lemak, tapi minta ais ketul. Fahamlah kakak nasi lemak tu apa terjadi.

Bukannya sedih, tapi air mata tak berhenti keluar, terasa sakit, sengal kat jari memang tak mampu nak ingat kembali.

Teruslah kami pergi ke klinik paling dekat. Memang sakit nya sampai tak keluar suara, hanya boleh kata "tangan... sepit".

Jadi redhalah doctor kata "kita cuci, dan dressing". Mak aiii sakitnya. Memang 10 kali ganda sakit dari sakit nak beranak haaa. Dengan duk tengok doktor gunting kulit yang koyak akibat jari yang kemek. Allahuakbar.

Dah selesai tu barulah lega sikit. Barulah dapat bercakap dengan doktor. Sakit denyutnya sampai ke kepala. Tapi sebab mengandung, doktor tak bagi apa-apa ubat penahan sakit. Baguslah, sebab saya sendiri pun tak mahu. Biar bayi kekal sihat tanpa ubat-ubatan. Tahan je ler. 2 hari 2 malam sakit tak boleh tidur.

MC la jugak 3 hari. Nak buat kerja macam mana tangan sakit. Kepala pun denyut-denyut.

Bila sudah bukak balut, masihlah teruk bengkak dan juga kemek di bahagian pangkal kuku tengah. Kuku di bahagian paling bawah pun rosak dan tercungkil (lihat gambar).

Kakak-kakak di pejabat kata mungkin kuku tak tumbuh lagi dah. Cumanya isi daging di situ akan mengeras jd seolah-olah macam kuku. Tapi bukan kuku normal macam yang lain-lain. Allahuakbar, risau dengar.

Syukurlah masa mengandung kalini memang duk makan set hamil Shaklee. Yang paling tak tinggal pil kalsium Ostematrix, protin ESP dan B-Complex.
Dengan izin Allah membantu untuk pulih dengan lebih cepat.

Lepas habis semua kuku yang rosak tu menaik dan dipotong. Maka bolehlah tengok bahagian bawah kuku.

Rupanya Allah nak tunjuk kejadian kuku. Dari menjadi isi yang tebal dan kemudian menjadi kuku. Subhanallah. Allahuakbar. Ingatkan kuku ni tumbuh dari bawah, rupanya bukan begitu.
Alhamdulillah dapat ilmu baru. Setelah 4 - 5 bulan, akhirnya tumbuhlah kuku baru yang sihat.

Saya ingatkan sudah tidak akan ada kuku di jari tengah itu. Bayangkanlah kalau saya tak mengambil vitamin secukupnya, saya tak rasa kuku saya boleh pulih macam ni. Nak-nak pulak mengandung dan bersalin, banyak berkongsi zat dengan bayi. Sebab ada kawan yang kuku dia rosak akibat tersepak batu ke apa...dah tak tumbuh kembali.

Jadi pesanan saya, buat ibu hamil pastikan anda mengambil supplemen dan vitamin yang badan perlukan dengan secukupnya untuk mengelakkan kekurangan zat bagi diri sendiri dan bayi.

Nak cuba vitamin Shaklee, sila hubungi saya. Konsultasi percuma.

Salam sayang,
Norhayati Yusoff
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Emel: momisense @gmail.com
FB page: Klinik Mommy
FB: Hayati NY

8 Kebaikan Penyusuan Badan untuk Ibu

Tahukah anda, ibu juga mendapat faedah daripada penyusuan susu ibu.

1. Membentuk perasaan keibuan yang positif dan menjalin hubungan fizikal yang rapat antara ibu dan bayi.

2. Penyusuan susu ibu "membakar" 500 kalori sehari. Oleh itu, anda akan cepat mendapat balik bentuk badan. Untuk lebih cepat turun berat badan, boleh amalkan juga Set Kurus Shaklee yang selamat buat ibu menyusu.

http://momisense.blogspot.my/2016/07/supplement-kurus-untuk-ibu-menyusu.html?m=1

3. Membolehkan rahim anda cepat kembali ke saiz normal, membantu anda pulih dengan cepat dan mengurangkan pendarahan.

4. Mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara post-menopaus, rahim dan ovari, serta osteoporosis dan penyakit jantung.

5. Melambatkan ovulasi dan haid, membolehkan anda menjarakkan kehamilan serta memberi peluang tubuh anda menambah bekalan zat besi.

6. Mudah, bersih, dan susu sentiasa pada suhu yang sesuai.

7. Tidak seperti susu formula, susu ibu adalah percuma!

8. Yang terakhir dan yang paling penting. Ianya sunnah Nabi kita. Banyak pahala..insyaAllah.

Follow blog untuk lebih info mengenai kehamilan, penyusuan ibu, berpantang dan parenting. 😍

Credit to Baiboo.

Salam sayang,
Yat #momisense
Shaklee ID 1230244
Tel: 019.226.7990
Fb: hayati ny
Fb page: klinik mommy

Monday, January 9, 2017

Bilakah bayi saya akan boleh duduk sendiri?

Bayi saya kini berumur 3 bulan lebih. Sekarang dah pandai pegang-pegang dan tarik-tarik barang (soft toys). Leher pun dah makin kuat. Dah nak angkat kepala sendiri. Alhamdulillah, kemahiran motor makin berkembang.

Agaknya bila bayi saya boleh duduk sendiri ya? Mesti ibu-ibu lain pun nak tahu kan. Jom baca.

Bayi akan mula belajar duduk sendiri sekitar masa yang sama mereka boleh meniarap dan mengawal gerakan kepala. Otot yang diperlukan untuk kemahiran ini berkembang secara beransur-ansur dari saat dia dilahirkan dan akhirnya menjadi cukup kuat di antara bulan keempat dan ketujuh.

Apabila menjangkau usia lapan bulan, bayi seharusnya sudah boleh duduk dengan baik tanpa sokongan. Hampir kesemua bayi boleh duduk sendiri menjelang usia sembilan bulan.

Bagaimanakah bayi belajar untuk duduk?

Sandarkan badan bayi dalam posisi duduk bermula dari hari pertama dia dilahirkan, tetapi kemahiran duduk secara berdikari tidak berlaku sehinggalah bayi anda sudah mahir mengawal pergerakan kepala.

Tiga bulan hingga empat bulan.

Otot leher dan kepala bayi kita menjadi kuat dengan cepat. Mulai sekarang, dia akan belajar mengangkat dan menaikkan kepalanya apabila dia meniarap.

Kemudian dia akan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan dadanya naik, seperti membuat tekan tubi mini.

Lima bulan hingga enam bulan.

Bayi mungkin mula boleh duduk tanpa bantuan, menegakkan kepala dan belakangnya. Dia mungkin boleh duduk begitu untuk seketika tanpa bantuan kita.

Untuk anak sulung dan kedua, saya menggunakan kerusi bayi (lihat gambar), untuk menyokong badan mereka pada awalnya.
Sentiasa pastikan kita ada bersama-sama bayi untuk mengelakkan dari terjatuh.

Lama kelamaan bayi akan tahu cara mencapai keseimbangan ketika duduk dengan membongkok ke depan dan bersandar pada kedua-dua lengannya, tanpa perlu duduk di kerusinya.

Tujuh bulan hingga lapan bulan.

Bayi mungkin sudah boleh duduk tanpa sokongan dengan belakangnya tegak. Ini akan membebaskan tangannya untuk meneroka, dan dia juga akan belajar memusing semasa duduk untuk mencapai sesuatu mainan.

Pada tahap ini dia juga mungkin sudah boleh menukar posisi dari meniarap ke duduk dengan menolak naik badannya menggunakan lengan. Apabila dia mencapai usia lapan bulan, dia sudah mahir duduk tanpa sokongan. InsyaAllah.

Kredit kepada babycentre.

Salam sayang,
Norhayati (Yat momisense)
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB page: Klinik Momi
FB: Hayati NY

Mommy si pemandu bersiri...

Bismillah,

Sebelum tu kita telan dulu Vitalea dan Vitamin C.
Lepas ni kita buat feveret minuman ESP coklat kita pulak. Yummeh! Best juga work at home ni kan. 😍

Alhamdulillah, hari ke 5.
Memandu sorang-sorang tanpa encik suami, ditemani baby F (3 bulan +), kakngah dan abe long.

Walaupon kita ada sedikit drama di pagi hari, takpe.. itu biasa.

Abe long yang teruja sangat-sangat nak ke school minggu lepas, hari ni taknak pergi katanya. Maka mommy pun pujuklah itu ini dan cakap harini bekal air oren lar.. akhirnya bangunlah mandi dan bersiap.
Sudah tentu air oren dengan Performance Drink Shaklee. Semoga cergas cerdas dan "keep him hydrated". Amin.

Syukur, hari ini tiada drama dari kak tengah.

Dari rumah bertingkat-tingkat ini, kat depan dukung baby F, bahu kanan bawak beg mommy dan beg kak tengah, bahu kiri bawak beg abe long.

Turunlah kita ke parkir kereta dengan lif dan kemudian panjat 10 anak tangga bersama-sama si keciks dengan beg-beg. Dah macam pokok Krismas bak kata seorang rakan mommy dulu. 😂

Kemudian, masuklah ke carseat masing-masing. Baby F hari ini tidak mahu tidur langsung dari dukungan sampailah masuk carseat. Duk memandang sekeliling sambil menyampuk kakngah dan abe long berperang.

Okay, all set... go.
Hantar kakngah dulu, alhamdulillah tiada adegan meraung pagi ini. Ya Allah syukurnya. Minggu lepas hari-hari melaung bila letak kat taska. Sedih hati mommy.

Lepas tu ke tadika abe long pulak. Hari ini ada peraturan baru, Teacher yang menjemput murid-murid kat kereta. Dengan nasib baiknya hari ini abe long disambut oleh Teacher kelas dia, jadi dia sangat teruja, siap duk kempen "teacher, Uwais ada air oren". Tu dia nak oii... canang satu tadika ke nanti. Hehe takpelah yang penting dia dah teruja balik nak masuk ke dalam tu.

Baby F pun dengan sopannya duk tepi-tepis cahaya matahari. Sedikit pun tak nangis. Memang sejuk dan kempis perut mommy nak. Alhamdulillah.

Selepas itu baliklah kita ke rumah. Biasanya teruslah ke parkir, tapi kali ini tengok baby F ok lagi, mommy berhenti kat gerai tepi jalan dan belilah nasi air dingin yang makin femes sekarang ni. 2 minit je selesai masuk kereta balik. Jangan lama-lama ya tinggal baby berseorangan. Dan pastikan bukak sedikit tingkat untuk pengudaraan. Sebab mommy memang tutup enjin dan kunci kereta. Jangan biarkan baby dalam kereta tak berkunci ya. Bahaya. Apa-apa pun banyakkan doa, minta Allah lindungi kita.

Pusing-pusing masuk parkir, dah sampai. Eh ehhh baby F dah buat bunyi dah. Gelap kot. Takpelah dah sampai pun kan.

Masuk rumah, dapat pulak whatsapp dari seorang kawan, setuju nak beli vitamin Shaklee. Cukup pulak belian untuk daftarkan dia sebagai ahli secara percuma. Alhamdulillah. Syukur.

Sekian al kesah di pagi hari, mommy si pemandu bersiri.

Nantikan lagi kisah selanjutnya, bagaimana kehidupan mommy dengan 3 anak kecilnya.
Jangan lupa FOLLOW blog saya ya. 😉

Nak order Shaklee, boleh whatsapp saya.

Salam sayang,
Norhayati (Yat Momisense)
Shaklee ID: 1230244
019.226.7990
Emel: momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Klinik Mommy

Friday, January 6, 2017

Laporan potty train di tadika

Sambungan potty training anak sulung saya..

Setelah hampir sebulan kami melatih abe long ke tandas, minggu ni abe long mula ke tadika.

Hari pertama, alhamdulillah, selamat takde adegan terbabas dari pagi sampai ke petang. Teacher pun ada cakap yang abe long dah pandai bagitau untuk ke tandas.

Hari kedua, abe long terbabas pada sesi petang. Masa petang adalah masa main-main, jadi mungkin dia terasa sayang nak tinggal mainan untuk ke tandas. Itu yang bila dah basah baru nak bagitau Teacher.

Hari ketiga, pun sama. Sesi petang juga terbabas.
Jadi Mommy pun pesanlah kat Teacher agar ingatkan abe long ke tandas setiap 2 jam.

Hari keempat, ambil abe long sedikit awal, 3.20pm. Tiada kemalangan dilaporkan. Alhamdulillah.

Nantikan laporan minggu hadapan pula ya. 😉

Salam sayang,
Norhayati Yusoff
019.226.7990
Shaklee ID 1230244
Momisense@gmail.com

Thursday, January 5, 2017

Dari Eksekutif Kewangan kepada pemandu bersiri.

Bismillah,
Tanggal 1.1.2017, saya kini secara rasminya telah meninggalkan jawatan Eksekutif di syarikat P.

5.1.2017 merupakan hari ke 3 menghantar dan mengambil anak sulung dan anak tengah ke tadika dan taska masing-masing.

Subhanallah, dalam duk cuak nak drive kereta encik suami, mampu juga lakukannya.
Apa nak buat, kereta dia je boleh muat 3 carseat and masih boleh muat kami berdua. Kereta saya kecik je. Hihi.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ya, anak-anak kami masih kecil-kecil, duk dalam carseat lagi. Memang kami ajar guna carseat seawal balik dari hospital lepas bersalin. Ini untuk latih mereka dan memudahkan kami memandu terutamanya bila memandu sorang diri dengan anak-anak.

Yang paling penting carseat ini kami guna untuk keselamatan anak-anak, takkan kami je nak selamat pakai tali pinggang keledar.

Nak tahu apa tips nak bagi anak redha duk dalam carseat?
1. Latih seawalnya.
2. Duduk sebelah carseat baby. Ini untuk memujuk dia di kala dia meraung.
3. Selalu bercakap-cakap dengan baby. Cak-cak dia la kan.
4. Sekiranya anda berseorangan dengan baby, anda di depan, baby di belakang, pasangkan mp3 zikir-zikir dan ikut berzikir dengan kuatnya sepanjang perjalanan.
5. Sewajibnyalah berdoa agar Allah mudahkan kita.

Jadi insyaAllah, alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan anak-anak akan biasa duk dalam carseat.

Anak saya yang 4 tahun dan 2 tahun sudah tiada masalah. Masuk kereta je dah tahu mana seat masing-masing.

Sekarang ni tengah latih baby 3 bulan. Alhamdulillah dia dah makin pandai dan makin biasa duk dalam carseat.
Petang tadi masa keluar nak ambil abang dan kakaknya, bila letak tidak menangis. Dan selepas kereta bergerak, dia mula tidur. Terjaga sekali sekala... tetapi kebanyakan masa tidur saja.
Tiada adegan menangis langsung dari keluar rumah sampai masuk rumah. Syukur sangat-sangat.

Jadi sekarang ni, sambil mengembangkan bisnes Shaklee saya, saya merupakan pemandu bersiri buat anak-anak.

Kalau dulu, kami suami isteri dua-dua sibuk. Keluar pagi, magrib baru sampai taska. Walaupun jarak Ukay ke KLCC tu dekat, tapi kalau dah guna jalan MRR2 tu... faham-fahamlah sendiri. 😎
Sekarang tidak lagi, boleh saja ambil anak-anak balik awal.

Kenapa saya tak jaga je mereka di rumah?
Ini kami sudah rancang awal-awal lagi. Lagipun anak sulung memang suka sangat ke school.

Banyak lagi perancangan kami, nantikan update di blog saya ya..

Nak jadi supermommy ni nak kena sihat dan kuat tau. Saya memilih vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga dan pulihkan saya dari sakit-sakit akibat mengandung dan bersalin.

Sesiapa yang ingin bersama-sama saya untuk jadi surirumah berkerjaya ataupun  Work at Home Mom (WAHM), jangan tunggu lagi. Sila hubungi saya dan saya bersama-sama Leader saya akan guide anda sampai berjaya. Jom!

Salam sayang,
Norhayati Yusoff
Shaklee ID 1230244
019.226.7990
Emel: momisense@gmail.com
FB: Hayati NY