Saturday, February 18, 2017

Dream Big! Start Small! Start Now!

18 Feb 2017 - Shaklee Business Leaders National Conference di Sunway Convention Centre.

Alhamdulillah, KakYat layak dan dijemput untuk hadir ke Conference ni.
Conference pertama setelah KakYat ikut berbisnes Shaklee pada Ramadhan tahun lepas. Bulan berkat, moga usaha dan rezeki berkat sampai bila-bila.

KakYat memilih untuk kongsikan dengan kawan-kawan selepas 2 tahun menjadi pengguna dan merasai sendiri kesan semasa ambil dan bila meninggalkan vitamin Shaklee.

Seronok di Conference, dapat berjumpa anak-beranak Surijunior dan S2U. Sungguhlah gembira berkenal-kenalan dan merapatkan lagi ukhuwah. Maklumlah sebelum ini hanya kenal di facebook atau pun whatsapp.

Dapat pulak ilmu-ilmu baru hasil perkongsian dari Mr. CEO, Roger Barnett dan saintis hebat Dr. Bruce Daggy dan dari pihak pengurusan Shaklee Malaysia.

"The most important things:
Health and happyness"
- Roger Barnett

Yang best lagi, dapat pulak New Starter Kit (Member Kit) secara percuma. Eksklusif untuk Leaders yang hadir sahaja.
Fresh from the oven! Belum masuk pasaran lagi.

Selain tu, dapat jugak:
✔ pendrive dengan info dalam tu.
✔ mug Live Well Be Well. Syok sangat. Tak jual ni kat kedai.
✔ landmark study brochures.
✔ notebook.
✔ key chain pill box.

Pendek kata memang banyak ilmu bermanfaat dan pengalaman dapat di sini.
Terima kasih kepada encik suami yang menjaga anak-anak. Lainkali kita cuba hadirkan diri bersama-sama ya. Inikan bisnes famili.

Nak join ahli dan berbisnes bersama-sama dengan KakYat?
Jom whatsapp segera. KakYat guide sampai jadi.

#momisense

SID kesayangan anda,
KakYat
019.226.7990
Momisense@gmail.com
Fb: Hayati NY
Fb page: Klinik Mommy

Thursday, February 16, 2017

Chicken Pox melanda tadika

15 Feb 2017.
Harini KakYat menyambung tugas sebagai pemandu bersiri. Setelah 2 minggu jugalah tak drive.

Ahamdulillah, akhirnya, anak sulung dah sembuh dari chicken pox. Orang ke-5 kena jangkit kat tadika dia. Kalau tak silap, dalam 10 budak juga yang kena. Sampaikan pihak pengurusan panggil Jabatan Kesihatan dan tadika ditutup 3 hari.

Selepas raya Cina haritu anak KakYat kena. Mula2 nampaklah beberapa bintik berair. Dapatlah terus KakYat meneka chicken pox walaupon tak kenal. Sebab dah hampir setiap hari ada je parents tadika duk update whatsapp group pasal anak kena chicken pox. Ada 1 parent ni, sedari anak sulung dia kena, pastu jangkit kat adik, pastu siap jangkit kat bibik.

Risau sakan la KakYat takut jangkit kat adik baby umur 5 bulan. Nauzubillah.

Awal2 nampak tanda2 tu KakYat dah suruh anak-anak makan Nutriferon dan vitamin C. Duk doalah mintak2 tak jangkit kat anak2 yang lain.

Vitamin kami makan, ubat doktor pakar kami tak buang ya. Nasihat pakar yang baik kena dengar. Supplemen/vitamin tu untuk kuatkan sistem imun anak2... supaya tak jadi demam tinggi atau meracau2 tu.
Alhamdulillah, anak sulung KakYat ni demam sikit2 je. Gatal2 teruk sikit 1 malam je. Ya Allah bersyukurnya.

Ada jugak dalam 2 hari tak berapa nak makan, jadi KakYat buatkan Meal Shake untuk dia. Campur dengan susu. Untuk pastikan badan dia tak kekurangan air atau dehydrated, KakYat juga buatkan air Performance Orange.

Klinik pakar kanak2 yang kami suka pergi adalah kat Desa Melawati, Doktor Hasmawati. Sangat keibuan doktornya... ubat dia pun agak serasi ngan anak KakYat. Ubat yang dia bagi, boleh tengok kat gambar.

Penjagaan dari segi kebersihan baju, badan, tempat tidur dan segalanya penting untuk mengelakkan jangkitan ya. Kena bersihkan selalu.

Dari segi pemakanan pulak, anak KakYat tak pantang sangat sebab doktor kata tak perlu berpantang sebab benda tu virus. Tapi kalau boleh pantang makanan penyebab gatal tu pantanglah.

Bersyukur sangat2, Allah bagi tak jangkit kat anak kedua dan baby. Kuat sistem imun. Alhamdulillah. Biiznillah.

Biarlah kena sorang2... rasanya lagi senang KakYat nak jaga. Apa2pun kita DOA, USAHA, TAWAKKAL untuk sihat selalu. Allah yang tentukan apa yang akan berlaku. ☺

Pada ibu2 yang nak travel atau pun yang duk kat rumah pun, KakYat cadangkan sediakanlah Nutriferon tu. Sangat baik untuk kuatkan sistem imun badan kita dan anak2. Vitamin C tu ambillah hari2.

Nak cuba, boleh hubungi KakYat.

Salam sayang,
KakYat | 019.226.7990
Emel: momisense@gmail.com
FB page: Klinik Mommy
FB: hayati NY

Tuesday, February 14, 2017

Kurus biar sihat!

KakYat walaupun dalam hati nak sangat jadi kurus balik macam time anak dara dolu2..
Tapi taklah pulak sanggup diet over tahan kebulur... oh tidak.
Nak2 pulak duk menyusu bayi. Kalau tak menyusu pun memang takkan diet berlebih-lebih nih.

Dalam duk mintak nak kurus tuu.. tambah sikit dalam doa kita tu... kurus dan sihat.
Jangan duk kata nak kurus.. nak kurus...
Takut kita jadi kurus nanti asbab kita sakit.

KakYat makan je apa yang ada.. gula putih pun tak berjaya nak tinggal lagi. Tapi KakYat ambil sedikit je. Kalo buat air tu.. dalam 1 sudu kecil je gula. Kalau boleh tinggal terus lagi bagus.

Tapi KakYat cuci la balik yang tak bagus tu dengan makan vitamin/supplemen.
Dalam usaha tak menambah gemuk ni KakYat percaya kepada Alfalfa, Omegaguard, Lecithin dan ESP.

Nak tahu lebih lanjut tentang 4 beradik ni boleh hubungi KakYat ya. Konsultasi percuma.

Salam sayang,
KakYat | 019.226.7990
Shaklee ID 1230244
Emel: momisense@gmail.com
FB page: Klinik Mommy
FB: hayati NY

Saturday, February 11, 2017

Gosok-gosok, putih bersih!

Assalamua'laikum frenz,

Setiap pagi pencuci muka ni lah yang tak boleh KakYat nak tinggal. Kalau travel tertinggal pencuci muka ni memang rasa kurang best sikit kulit muka.

Mari KakYat nak cerita sikit.
Sebelum ni KakYat guna pencuci muka lain, agak setia juga dengan dia, jerawat pun kadang2 je. Tapi muka agak kering sedikit.

Sejak jatuh cinta dengan keberkesanan vitamin Shaklee, KakYat pun bertukarlah kepada pencuci muka ni... alhamdulillah sangat sesuai dengan kulit muka KakYat.

Pencuci muka ni membersih elok, tidak mengeringkan kulit malah melembabkan dan melembutkan. Kalau konsisten pakai pagi dan malam...insyaAllah kulit tak kering dan tak berminyak.

Jadi kepada kawan2 yang jenis kulit muka berminyak dan kering, KakYat syorkan guna pencuci muka Shaklee, Gentle Deep Foaming Cleanser ini ya.

Kalau nak KakYat tolong orderkan, boleh hubungi KakYat. Untuk frenz.. of coz BEST price! 😊

#momisense

Ikhlas,
Norhayati Yusoff
Shaklee ID 1230244
Tel: 019.226.7990
Emel: momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Klinik Mommy