Thursday, February 16, 2017

Chicken Pox melanda tadika

15 Feb 2017.
Harini KakYat menyambung tugas sebagai pemandu bersiri. Setelah 2 minggu jugalah tak drive.

Ahamdulillah, akhirnya, anak sulung dah sembuh dari chicken pox. Orang ke-5 kena jangkit kat tadika dia. Kalau tak silap, dalam 10 budak juga yang kena. Sampaikan pihak pengurusan panggil Jabatan Kesihatan dan tadika ditutup 3 hari.

Selepas raya Cina haritu anak KakYat kena. Mula2 nampaklah beberapa bintik berair. Dapatlah terus KakYat meneka chicken pox walaupon tak kenal. Sebab dah hampir setiap hari ada je parents tadika duk update whatsapp group pasal anak kena chicken pox. Ada 1 parent ni, sedari anak sulung dia kena, pastu jangkit kat adik, pastu siap jangkit kat bibik.

Risau sakan la KakYat takut jangkit kat adik baby umur 5 bulan. Nauzubillah.

Awal2 nampak tanda2 tu KakYat dah suruh anak-anak makan Nutriferon dan vitamin C. Duk doalah mintak2 tak jangkit kat anak2 yang lain.

Vitamin kami makan, ubat doktor pakar kami tak buang ya. Nasihat pakar yang baik kena dengar. Supplemen/vitamin tu untuk kuatkan sistem imun anak2... supaya tak jadi demam tinggi atau meracau2 tu.
Alhamdulillah, anak sulung KakYat ni demam sikit2 je. Gatal2 teruk sikit 1 malam je. Ya Allah bersyukurnya.

Ada jugak dalam 2 hari tak berapa nak makan, jadi KakYat buatkan Meal Shake untuk dia. Campur dengan susu. Untuk pastikan badan dia tak kekurangan air atau dehydrated, KakYat juga buatkan air Performance Orange.

Klinik pakar kanak2 yang kami suka pergi adalah kat Desa Melawati, Doktor Hasmawati. Sangat keibuan doktornya... ubat dia pun agak serasi ngan anak KakYat. Ubat yang dia bagi, boleh tengok kat gambar.

Penjagaan dari segi kebersihan baju, badan, tempat tidur dan segalanya penting untuk mengelakkan jangkitan ya. Kena bersihkan selalu.

Dari segi pemakanan pulak, anak KakYat tak pantang sangat sebab doktor kata tak perlu berpantang sebab benda tu virus. Tapi kalau boleh pantang makanan penyebab gatal tu pantanglah.

Bersyukur sangat2, Allah bagi tak jangkit kat anak kedua dan baby. Kuat sistem imun. Alhamdulillah. Biiznillah.

Biarlah kena sorang2... rasanya lagi senang KakYat nak jaga. Apa2pun kita DOA, USAHA, TAWAKKAL untuk sihat selalu. Allah yang tentukan apa yang akan berlaku. ☺

Pada ibu2 yang nak travel atau pun yang duk kat rumah pun, KakYat cadangkan sediakanlah Nutriferon tu. Sangat baik untuk kuatkan sistem imun badan kita dan anak2. Vitamin C tu ambillah hari2.

Nak cuba, boleh hubungi KakYat.

Salam sayang,
KakYat | 019.226.7990
Emel: momisense@gmail.com
FB page: Klinik Mommy
FB: hayati NY

No comments:

Post a Comment