Wednesday, March 15, 2017

Bertahun cuba untuk bergelar ibu hamil, ibu mengandung tapi masih tak kesampaian...

KakYat masih ingat lagi masa awal-awal kahwin dulu, berbisa je rasa bila orang asyik tanya pasal anak.
Maaf KakYat cakap paling rasa berbisa bila mak mertua yang tanya. Orang lain takpe lagi, sebab kita boleh jawab ikut sedap sikitla.

Lambat hamil, bukan isteri je ya yang bermasalah, mungkin juga suami. Tapi di sini bukan KakYat nak kata salah siapa. Cuma dua-dua kena usaha.

Alhamdulillah, suami KakYat sporting dan baik. Bermacam-macam kami cuba, jaga pemakanan, kurangkan gila-gila kafein yang memang menjadi minuman harian kami.

KakYat amalkan folic acid, masa tu bertuah, dapat percuma je di tempat KakYat kerja.
Lepas tu mintak kawan yang ke Mekah tolong doakan depan Kaabah. Dia belikan pula buah hawa. Pernah dengar tak? Buah ni beli kat Mekah, tips dia suami sendiri kena bukakkan buah tu tau.

Pendek kata macam-macam la petua amalkan. Paling penting jaga pemakanan dan KakYat amalkan al-Mathurat. Kena selalu mengaji Quran.
Isteri-isteri yang belum berjaya hamil, tolong buat ya.

Saat paling sedih bila berjaya hamil, kandungan KakYat keguguran pula, pada minggu ke 10. Masa tu Allah je tahu perasaan KakYat. Dahlah masa tu suami KakYat jauh. KakYat kerja kat Kedah, dia kerja kat Kuala Lumpur. Bersyukur sangat KakYat ada kawan yang tolong hantar KakYat ke hospital masa tu. Sayang sangat kat dia. Sampai sekarang kalau KakYat ingat, ni haa dah mengalir air mata. Allahuakbar.

Takpe, erti gagal dan mengalah takde dalam hidup KakYat ya. Jadi betulkan diri, jiwa. Usaha lagi. Sampailah selepas 6 bulan, Allah anugerahkan lagi sekali anugerah yang tak ternilai, kandungan kedua, anak pertama KakYat sekarang. Hadiah dan pengubat. Alhamdulillah.

Selepas tu sebab nak senang, KakYat amalkan set pantang dan menyusu Shaklee. Seperti yang ramai dah dengar, amal makan Shaklee ni buat kita jadi bertambah sihat dan subur. Bila anak KakYat nak cecah umur setahun je, KakYat mengandung lagi. Begitulah sehingga sekarang dah dapat anak ketiga, baru 6 bulan. Dekat-dekatlah kiranya umur anak-anak KakYat.

Jadi KakYat suka nak kongsikan di sini. Bagi yang sedang ikhtiar nak hamil, kalau dah buat macam-macam petua, belum lagi berhasil. Cubalah pula set kesuburan Shaklee ni. InsyaAllah, Allah pandang usaha kita dan akan bagi bila masa terbaik.

Bagi isteri, cuba amalkan vitamin B Complex dengan acid folic. Kalau period jenis tak teratur dan kuat senggugut, amalkan sekali GLA Complex.

Bagi suami pula, amalkanlah Vitamin E. Menyuburkan sel dan organ reproduksi lelaki.
Dan ESP pula, protin soya yang sangat baik untuk diamalkan oleh suami dan isteri. Ia membantu membaiki dan membina sel badan.

Usah tunggu, cuba sekarang.
Fast action, fast result!
KakYat doakan semua pelanggan KakYat sihat dan capai apa yang dihajati.

PM/wasapp KakYat sekarang sebelum kehabisan stok lagi!

Ikhlas,
KakYat
http://wasap.my/+60192267990
Tel: 019.226.7990
Emel: Momisense@gmail.com
FB: Hayati NY
FB page: Klinik Mommy
Blog: momisense.blogspot.com

Monday, March 13, 2017

Anak bebas demam tanpa panadol!

Anak-anak KakYat sejak KakYat bagi makan supplemen Shaklee, memang dah lama tak bagi panadol. Kecuali masa mereka kena chicken pox hari tu je. Itu pun yang awal 2 hari. Masa nak keluar bijik2 berair tu memang kacau sistem, panas sangat jadi badan.

3 anak KakYat, semua dah kena chicken pox. Sorang dah baik, sorang lagi pulak kena. Nasib baiklah KakYat keje kat rumah je sekarang. Kalau tak, jenuh nak minta cuti kan...

Sekarang ni baby dah baik, tinggal parut nak hilang. Baby KakYat yang masih menyusu badan sepenuhnya ni alhamdulillah panas sikit2 je, langsung tak perlu makan panadol. Doktor pun tak bagi ubat demam kat dia. Asbab KakYat makan Nutriferon, Vitamin C dan lain2, dapatlah khasiat kat baby.. biiznillah ya. Sebab tu kita kena cuba juga usaha menyusu badan ya, baby jadi lebih kuat. InsyaAllah. Tapi kalau dah cuba, tak berjaya, takpelah..itu semua dugaan buat kita.

Semalam pulak alkesahnya, sampainya KakYat di tadika nak ambil anak sulung, tengok dahi bertempek cool fever. Teacher kata badan panas  lepas tidur petang.

Balik tu, lepas makan malam, KakYat bagi dia makan Nutriferon separuh sachet dan 2 vitamin c kids.

Alhamdulillah, badan kebah, tak jadi nak demam.
Pagi tadi masa hantar ke tadika dah pesan teacher, minta telefon KakYat kalau dia demam. Setakat ni takde lagi. Semogalah sihat2 saja. Ameen.

Jadi kalau mak mak lain pun nak cuba tingkatkan sistem imun badan anak-anak tanpa panadol atau ubat demam, bolehlah amalkan Vitamin C dan Nutriferon ni. KakYat bagi thumbs up gitu! Hehe.

Jom cepat2 order. Jangan tunggu2 perihal kesihatan anak2.

Klik sekarang 👇
http://wasap.my/+60192267990

Your Trusted Shaklee Agent,
KakYat
019.226.7990
Momisense@gmail.com
FB: hayati ny
FB page: klinik mommy